Assalamualaikum wbt,

Wawa kongsikan sedikit tips yang diambil dari FB Puan Ainon. Semoga bermanfaat. Nak Berbisness hati mahu cekal, rapuh-rapuh buang jauh-jauh. Kuat dan teguh.

Dari ABS: Berbisnes dengan Orang yang Mahu Berbisnes dengan Kita
.
Apakah tuan masih baru dalam dunia bisnes?
Seandainya iya, maka lazimnya:
+ Hati tuan belum berapa 'kering'. Sebagai contoh, tuan sukar hendak berkata, "Tidak."
+ Tuan masih banyak menggunakan emosi. Tuan kesihan. Tuan tidak sampai hati. Tuan rasa bersalah. Tuan malu.
+ Apabila produk tuan dikritik, tuan terkejut, rasa malu, marah pun ada.
+ Apabila orang tidak mahu berbisnes dengan tuan, mengata pula di belakang-belakang, tuan sangat kecewa.
.
Dalam bisnes, semua orang mempuyai pilihan dengan siapa mereka mahu berbisnes.
Jangan kecewa apabila orang tidak mahu berbisnes dengan kita. Kita berbisnes sahaja dengan orang-orang yang mahu berbisnes dengan kita.
Baiki kelemahan kita secara berterusan.
Jalan terus!