Assalamualaikum wbt,

Hari ni wawa nak share tentang shaklee. Bagaimana boleh tertubuhnya shaklee.

Pengasas Shaklee

Shaklee diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee, Sr. Shaklee telah berada dipasaran selama 5 dekad, syarikat yang telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi  yang terulung di dunia.

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta "vitualized minerals", iaitu merupakan multivitamin yang pertama didunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, shaklee kembali kepada semulajadi - dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vutamin dan beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.

Peneraju Shaklee

Kini, Shaklee Corporation ditejaui oleh Roger Bannet selepas beliau membelinya. Ia bermula apabila salah seorang anak lelakinya yang mengalami alergi yang teruk dan beliau menukarkan seluruh bahan pencuci dirumahnya dengan produk shaklee. Selepas itu, anak Roger Bannet pulih sepenuhnya dan beliau mengambil keputusan membeli Shaklee Corporation dan menerajuinya sehingga kini.

Ibu Pejabat Shaklee

Ibu pejabat shaklee di Pleasanton, California. Ia bukan sekadar Pusat Operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh shaklee.

Ia direka bentuk oleh arkitek terbilang - Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "Kehidupan yang Harmoni bersama Alam Semulajadi". Anda boleh menikmati pemandangan indah - langit, tumbuh-tumbuhan, bukit bukau dan kehijauan tanah lapang, tidak kira dimana posisi anda berada di dalam bangunan ini. 

Rekabentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara smulajadi oleh cahaya luar serta pembinaannya  daripada bahan dan warna secara semulajadi.

Keunikan pejabat Shaklee ;

》Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan.
》Pembuatan perma8dani daripada bahan yang dikitar semula.
》Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula.
》Tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat di dalam produk-produk shaklee.
》Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga.
》Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan.
》Penggunaan "Low E glass" diseluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien.
》Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara.
》Ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar.
》Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam.

Kepimpinan dan Sumbangan Shaklee kepada Alam Sekitar

1960 - Memperkenalkan Basic H, iaitu bahan pencuci biodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama di dunia.

1989 - Shaklee memberi bantuan kewangan dan produk kepada satu ekspidisi trans-Antartika yang diketuai oleh Will Steger.

1989 - Shaklee dengan kerjasama American Himalayan Foundation telah menanam lebih daripada 1 juta pokok di Asia.

1990 - Shaklee menerima anugerah "Family Circle's Green Chip" sebagai salah satu daripada 10 syarikat yang mesra alam sekitar.

1991 - Produk untuk kegunaan rumah digunakan dalam projek "Biosphere 2".

1996 - Produk Shaklee digunakan di atas kapal Odyssey, yang menjalankan penyelidikan dan pengumpulan data pencemaran laut diseluruh dunia.

.
.
2007 -Shaklee dipilih oleh Healthy Child Healthy World untuk menjadi rakan kongsi ekslusif kepada penghasilan video bertajuk : "Creating Healthy Environments for Children."

Ini antara sumbangan dan kepimpinan shaklee. Ada banyak lagi kalau nak disenaraikan. Jom layan photo, yang diambil oleh Master Amir Marzuki yang pergi ke National Conference tempoh hari. Seronok tengok. Next year aim for Italy.






Anda nak tahu lebih lanjut? Hubungi je wawa di talian hot 0199966576