Assalamualaikum sahabat,

Sharing info bersama anda.


Kegemukan atau obesiti merujuk kepada pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Ia dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan atau berlebihan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Ngeri kan mendengarnya. 


Siapakah Yang Tergolong Dalam Obesiti:

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya
  • Indeks jisim  (BMI) melebihi 40 atau 35 
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan


Risiko mendapat penyakit akibat obesiti:
  • Penyakit jantung dan strok
Mereka yang Obesiti mempunyai risiko hampir 3 kali untuk menderita penyakit jantung dibandingkan dengan mereka yang mempunyai berat badan normal. Meningkatnya lemak pada daerah perut secara spesifik dihubungkan dengan kekakuan pembuluh darah aorta, yaitu pembuluh darah arteri utama yang memberikan darah ke organ-organ tubuh. 
  •  Tekanan darah tinggi
Hubungan antara obesiti dan hipertensi adalah kompleks dan mungkin menggambarkan interaksi faktor genetik, demografi dan biologik. Berbagai penelitian telah melaporkan bahawa penurunan Berat badan bermanfaat untuk mengurangi tekanan darah.
  • Kegagalan Jantung
Suatu penelitian tahun 2002 melaporkan bahwa obesiti mungkin bertanggung jawab terhadap 11% kegagalan jantung pada lelaki dan 14 % pada wanita. Namun, mekanismenya belum dapat dijelaskan lagi.
  • Gangguan lemak darah (Dislipidemia)
Efek obesiti pada kadar kolesterol adalah kompleks. Walaupun obesiti tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan kadar kolesterol, tetapi  kadar trigliserida (TG) biasanya tinggi sedang kolesterol baik (HDL) cenderung menurun yang keduanya menyebabkan penyakit jantung.
  • Kanser
Obesiti dihubungkan dengan jenis kanser tertentu, dan beberapa ahli perubatan percaya bahawa pengurangan Berat Badan  yang efektif bagi anak2 dan dewasa dapat mengurangi kejadian kanser sehingga 30-40 %. Obesiti dapat meningkatkan risiko kanser dalam hubungannya dengan kadar hormon yang tinggi yang disebut growth factor, yang mana dapat merangsang pertumbuhan sel yang menyebabkan kanser.

Kegemukan juga sering menyebabkan gangguan dalam aktivitas sehari-hari atau kurang lincah, selain daripada itu, sering mengalami depresi, baik yang datang dari dalam dirinya sendiri maupun dari lingkungannya.


Pilihan ada ditangan anda, siapa anda, anda yang tentukan. 

Jom kekalkan kesihatan ditahap optimun. "Prevention better than cure"

Wan Rokiah bt Wan Ismail
Contact no : 0199966576
Fanpage : VitaminWawa
Email : wanrokiahwanismail@gmail.com