Assalamualaikum wbt,
Anda FOKUS yang mana?
[ Orang Kaya FOKUS PELUANG, Orang miskin FOKUS MASALAH ]
Tips Cara nak 'tahu' adakah kita ni bakal jutawan atau sekadar hidup cukup makan sampai akhir hayat, senang saja.
Jutawan dia takkan rasa lemah dengan cabaran. Sebab dia tahu cabaran dan ujian adalah bunga-bunga kejayaan dan kekayaan. Hidupnya banyak memberi manfaat kepada orang sekeliling kerana dia tahu the more we give the more we get.
Bagi Jutawan, Impiannya utuh teguh tak goyah dek cabaran dan ujian. Hidupnya tidak berlegar di comfort zone dan sentiasa mencabar diri untuk hidup luar biasa dan untuk jadi lebih baik dari semalam. Sebab dia tahu dunia bukan tempat comfort zone, comfort zone dan kerehatan sebenar adalah dalam Syurga ALLAH.
Sedangkan orang biasa-biasa yang hidup cukup-cukup makan sehingga akhir hayat, dia tak sanggup hadapi cabaran dan ujian, cita-citanya tak jelas dan berubah-ubah, impian dia berubah mengikut cabaran.
Orang biasa-biasa ini hidupnya senang dan kurang cabaran. Hidupnya biasa-biasa aje setiap hari sehingga akhir hayat. Hidupnya kurang memberi manfaat kepada orang sekeliling sebab dia hanya menunggu untuk menerima dan takut atau susah untuk memberi.
Persoalannya : setakat usia kita hari ni, adakah kita mempunyai banyak ciri Jutawan atau banyak ciri orang biasa yang cukup-cukup makan?
*Syurga itu hanya menerima hamba ALLAH yang luar biasa / ghuraba - ustaz hasrizal*
Semoga bermanfaat. Copy from OPE.
Master to be,
Wan Rokiah bt Wan Ismail
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊