Assalamualaikum wbt,

10 Manfaat ESP Shaklee Dan Resepi ESP Smoothie | Walaupun telah banyak anda baca tentang ESP, mommy tetap ingin berkongsi kepada anda manfaat mengamalkan ESP Shaklee setiap hari. Bagi sesetengah orang, mereka cuma amalkan ESP ketika mengandung sahaja, kerana inginkan kulit anak cantik dan gebu.

Tapi, tahukah anda ESP Shaklee sangat banyak manfaatnya jika diamalkan setiap hari walaupun ketika tidak hamil. Bagi remaja pula, mereka sukakan ESP untuk dapat kulit wajah yang lebih cerah, bebas jerawat dan parut serta wajah lebih berseri. Bagi ibu menyusu pula, mereka lebih gemar minum ESP Shaklee kerana dapat membantu memekatkan susu ibu dan mengenyangkan anak dengan lebih lama. Betul kan?

Baca : Apa Itu ESP shaklee

10 Manfaat ESP Shaklee


Jom kita lihat apakah manfaat ESP Shaklee.


ESP Shaklee lebih familiar dengan kecantikan kulit, ia sangat sinonim apabila diambil bersama Vitamin C dan Vitamin E. Jika ingin mengamalkan ESP sahaja, apakah manfaat yang kita peroleh? Dibawah ini mommy kongsikan 10 manfaat utama ESP Shaklee.

10 Manfaat ESP Shaklee :

  1. Memberi tenaga berterusan
  2. Membantu dalam penurunan berat badan yang berlebihan
  3. Memberikan rasa kenyang lebih lama
  4. Menguatkan otot rahim dan mengelakkan keguguran
  5. Membantu mengatasi gastrik
  6. Meningkatkan penghasilan susu
  7. Menyokong pertumbuhan bayi di dalam rahim
  8. Menghaluskan dan mencerahkan kulit
  9. Mencantikkan rambut dan kuku
  10. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka

9 Resepi ESP Shaklee Smoothie

Tahukah anda bahawa ESP boleh diminum dengan pelbagai cara. Ada orang suka minum dengan milo, susu full cream, plain dan sebagainya. Cuma, kali ini mommy nak kongsikan dengan anda semua cara minum dan buat smoothie ESP Shaklee. Best sangat dan boleh cuba.