Thursday, 28 May 2020

Resepi Kuah Lodeh Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum wbt,

Resepi Kuah Lodeh Mudah Dan Sedap Hidangan Untuk Hari Raya | Kuah lodeh adalah hidangan yang menjadi pilihan ketika tiba hari raya. Mommy teringat dan masih mengimbau kenangan sewaktu berada di Penang dulu. Pertama kali mommy mencuba kuah lodeh bersama nasi himpit yang dibuat oleh kawan, sampai sekarang rasa kesedapan kuah lodeh mommy ingat. 

Resepi Kuah Lodeh Sedap dan Mudah ini mommy sudah mampu sediakan sendiri. Hari raya kedua yang lepas, mommy berjaya sediakan kuah lodeh yang rasanya enak dan mak mommy juga suka makn walaupun pertama kali mak mencuba. Anda suka makan lontong? Ya, lontong adalah hidangan nasi himpit di makan dengan kuah lodeh dan sambal bilis. Rasanya lemak dan enak berserta sedikit pedas, fuhh sangat menggiurkan. Jom apa kta, raya kali ini anda cuba masak kuah lodeh. Pasti akan menjadi menu kegemaran selepas ini.

RESEPI KUAH LODEH PALING SEDAP DAN MUDAH!


Resepi Kuah Lodeh Terbaik Dan Paling Sedap Lontong Kuah Lodeh yang sedap dan Mudah  Resepi Kuah Lodeh Terbaik Dan Paling Sedap Resepi Lontong dan Kuah Lodeh resepi kuah lontong negeri sembilan resepi lontong simple cara masak lontong resepi lontong perak cara membuat kuah lontong resepi sambal kacang resepi kuah lodeh azlita resepi sayur lodeh jawa Kuah Lodeh Dengan Sambal Ikan Bilis Sedap Versi Dr Nana

Menu kuah lodeh kegemaran ini juga sebenarnya, boleh buat untuk berbuka pun best! Anda boleh mencubanya sendiri di rumah. Tambahan pula, sekarang ini musim pkpb jadi rumah terbuka memang tiada. Jadi, anda boleh cuba buat resepi kuah lodeh paling sedap dan senang ini. Jom cuba!

Bahan Untuk Kuah Lodeh


Bahan-bahannya :
12 tangkai kacang panjang - dihiris serong
70 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 1/2 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
5 keping tempe, dipotong kiub
1/2 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
2 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
800ml  santan sawit KHALIS    )  400 ml santan + 800ml air = 1200ml santan cair) 400 ml santan pekat
Air jika perlu
2 cekak soo hoon, kerat pendek
4 helai daun limau purut – dibuang urat di tengah daun
2 kiub pati ikan bilis
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumis:
3 batang serai, dititik
1 lengkuas, diketuk
Sedikit minyak 

Bahan tumis, serai dan lengkuas

Bahan-bahan kisar halus :
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
5 - 6 cili padi merah
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Bahan-bahan sampingan:
Nasi impit
Sambal tumis ikan bilis
Telur rebus - Kak Noor tak letak

Cara membuatnya: 
1.  Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 
2.  Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu, dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih. 
3.  Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus.

Resepi Kuah Lodeh Terbaik Dan Paling Sedap Lontong Kuah Lodeh yang sedap dan Mudah  Resepi Kuah Lodeh Terbaik Dan Paling Sedap Resepi Lontong dan Kuah Lodeh resepi kuah lontong negeri sembilan resepi lontong simple cara masak lontong resepi lontong perak cara membuat kuah lontong resepi sambal kacang resepi kuah lodeh azlita resepi sayur lodeh jawa Kuah Lodeh Dengan Sambal Ikan Bilis Sedap Versi Dr Nana
Dah boleh makan. Yeay😊

Selamat mencuba.
Continue Reading

Friday, 22 May 2020

101 Idea Dekorasi Kabinet Dapur Simple Dan Eksklusif

Assalamualaikum wbt,

101 Idea Dekorasi Kabinet Dapur Simple Dan Eksklusif | Bila masuk rumah baru, antara tempat yang menjadi tumpuan mommy adalah bahagian dapur. Antara pilihan yang mommy suka untuk buat kabinet dapur adalah warna putih dan hitam. Ia menjadikan bahagian dapur nampak mewah, walaupun ruang dapur tidaklah besar mana. 

Mommy yakin, anda juga begitu kan? Anda sedang mencari idea untuk dekorasi kabinet dapur rumah anda? Mommy kongsikan 101 Idea Dekorasi Kabinet Dapur lebih Simple dan nampak eksklusif. Anda boleh cuba dan bincangkan bersama suami serta kontraktor anda.

101 Idea Dekorasi Kabinet Dapur Simple Dan Eksklusif 




































































































Baca Artikel Berkaitan :
1. 30 Idea Dekorasi Ruang Tamu Sempit
2. 30 Idea Menarik Ruang Makan
3. 100 Idea Dekorasi Bilik Tidur Utama Simple Dan Eksklusif

Continue Reading