Wednesday, 29 April 2020

Petua Turunkan Jaundice Bayi

Assalamualaikum wbt,

Petua Turunkan Jaundice Atau Kuning Bayi | Apabila lahir seorang anak, apa yang paling memeningkan ibu ayah adalah Jaundice. Bayi yang baru lahir kebanyakkan tidak akan lari dari mengalami Jaundice. Ada yang sekejap sahaja dan ada yang berlanjutan sehingga berbulan-bulan, ada juga yang terpaksa berpisah dengan anak ketika berpantang kerana Jaundice.

Rutin setiap hari ayah adalah menghantar anaknya ke klinik untuk diambil sampel darah bagi melihat tahap Jaundice anak. Ibu dan ayah mana yang sanggup melihat kaki dan tangan anaknya dicucuk jarum untuk ambil darah bagi cek Jaundice samada tinggi atau rendah. Setuju atau tidak? Sehinggakan timbul pelbagai petua untuk hilangkan Jaundice. 


Sebelum kita pergi lebih jauh, kenali dahulu apa yang dimaksudkan dengan Jaundice. Merujuk kepada portal KKM Malaysia.

JAUNDICE BAYI BAHAYA ATAU TIDAK?


Cara turunkan jaundice bayi, petua tradisional hilangkan kuning bayi petua hilangkan kuning bayi secara tradisional cara mengatasi bayi kuning di rumah makanan ibu untuk bayi kuning doa hilangkan kuning bayi sengkuang cina untuk bayi kuning susu formula untuk bayi kuning anggur hitam untuk bayi kuning petua tradisional hilangkan kuning bayi susu formula untuk bayi kuning bacaan kuning bayi makanan ibu berpantang untuk anak kuning doa sembuh penyakit kuning rawatan kuning bayi di hospital halwa kundur untuk bayi kuning mencegah bayi kuning sejak dalam kandungan kuning bayi lambat turun bacaan normal jaundice bayi makanan penyebab jaundice makanan ibu menyusui untuk bayi kuning air cap badak untuk bayi kuning mitos bayi kuning mandian herba cina untuk bayi kuning pokok hujan lebat daun dukung anak nuraz cara mengatasi bayi kuning di rumah anggur hitam untuk bayi kuning kesan susu kambing kepada bayi kuning daun belimbing buluh rawat kuning rtd homeopati doa untuk bayi kuning ubat tiki tiki cara hilangkan prolonged jaundice petua hilangkan kuning bayi darah o buah keranda demam kuning petua hilangkan kuning orang dewasa

Apa itu jaundis?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.
Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?
Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.
Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?
Beberapa jenis jaundis sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:
  • Fisiologi jaundis
  • Patologi jaundis
    • Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).
    • Defisiensi G6PD pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.
    • Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.
Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.
  • Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
  • Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?
Bayi anda mungkin sihat jika :
  • Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
  • Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
  • Bayi anda sihat dan aktif.
Walau bagaimanapun, sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.
Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat.
  • Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
Apakah yang doktor akan lakukan?
Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.
Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?
Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
  • Gangguan pendengaran di mana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
  • Kerosakan otak yang teruk (kernicterus).
Oleh itu, intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.
Apakah rawatan yang diberikan?
Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:
Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.
  • Rawatan foto
  • Pertukaran darah
Pencegahan jaundis
Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk mendapat jaundis yang teruk.
Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.
Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?
Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut di klinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.
Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.
Teruskan bacaan yang dikongsikan oleh Saudara Mohamad Hassan.

Mandi anak dalam kuali untuk turunkan Jaundice.


Ramai kawan kawan call dan whatsapp ucap tahniah dapat anak. Anak saya mula jaundice dari hari ke 3,hari ini Alhamdulillah makin berkurangan.

Ramai bagi petua nak kurangkan jaundice,tapi yang paling rarenya ada suruh mandikan anak dalam kuali. Fuh lain macam betul petua kali ini,ini kali pertama saya dengar untuk kurangkan jaundice mandi dalam kuali๐Ÿ˜….

Rupanya ini antara amalan orang tua tua dulu. Selain titisan anggur hitam,susu kambing,jemur bawah matahari mandikan anak dalam kuali antara petua yang pelik bagi saya.

Mungkin selepas ini kita boleh fahamkan kepada kawan kawan kita yang masih mengamalkan petua petua pelik ini supaya tudak memudharatkan kesihatan bayi.

Apa yang perlu kita faham adalah,organ bayi baru lahir ini masih belum matang terutama hati. Yang menyebabkan kuning atau Jaundice ini adalah disebabkan oleh serum bilirubin yang meningkat dalam badan disebabkan oleh ketidakupayaan hati untuk menyingkirkan serum bilirubin ini ke usus.

Sebelum ini ketika dalam rahim semua dibantu oleh placental. Setelah bayi lahir semua organ perlu bekerja dengan sendiri,namun masih belum matang sepenuhnya.

50% bayi matang dilahirkan akan mengalami jaundice. Ini dikenali sebagai Physiologicall Jaundice. Iaitu akan berlaku selepas 24jam pada hari ke dua atau ketiga atau keempat sehinggalah dua minggu.

Sebab itulah kita akan lihat mata putih bayi jadi kuning,kulit,tapak kaki,lebih lebih lagi time bayi menangis,lagi jelas nampak kuning. Ia bukan disebabkan oleh ibu makan kunyit atau makan buah oren.

Kerana itulah misi minta kita pergi klinik dan pantau bacaan bilirubin dalam darah. Jika bilirubin terlalu tinggi dan kita tidak ke klinik untuk pantau,bilirubin ini akan masuk ke otak.
Atau berkemungkinan mengalami masalah lain seperti Biliary atresia.

Dalam otak  manusia ada satu lapisan yang boleh sekat bilirubin ini masuk,iaitu Blood Brain Barrier. Namun BBB bayi belum matang sepenuhnya dan berisiko tinggi jika Bilirubin masuk otak yang boleh menyebabkan kerosakkan otak yang dipanggilan  KERNICTERUS.  Jika otak rosak,nanti anak kita akan jadi bermasalah dewasa nanti.

Petua Turunkan Jaundice Bayi


Jadi apa yang bantu untuk turunkan bacaan serum bilirubin ini?

1. Ikut arahan Doktor untuk pantau diklinik. Jika kita pantau dirumah bagaimana untuk kita tahu level bilirubin dalam darahkan.

2. Menyusu sekerap mungkin. Kebiasasaan bayi jaundice akan jadi letih dan sentiasa nak tidur. Kejutkan dia,paksa dia isap susu.

Semakin kerap bayi isap susu,semakin banyak bayi akan dapat lemak dari susu dan semakin kerap bayi akan berak dan kencing. Dalam tempoh 2 minggu ini colostrum,fat milk sangat penting untuk menyinkirkan Serum bilirubin dalam darah secara berperingkat.

3. Kenapa susu ibu? Pemberian susu ibu dapat dicerna lebih efffective berbanding susu lain atau bahan bahan lain. Susu ibu hanya mengambil masa lebih kurang 1-2jam sahaja untuk dicerna. Dan segala vitamin,mineral,antibodi,probiotic boleh didapati dalam susu ibu.

Bayangkan jika ada ibu ibu yang bagi susu kambing segar. Berapa lama masa untuk lemak dalam susu kambing dicerna,tambahan lagi susu kambing tinggi sodium,kalium,klorida yang boleh membebankan buah pinggang bayi.

4. Kenapa bilirubin masih tinggi sedangkan menyusu. Periksa teknik penyusuan. Bagaimana Latching technique,Bagaimana cara pegang bayi. Ini semua fasa pertama ramai yang gagal jika tidak cukup ilmu.

Jadi tolong ya mak ayah. Anda tidak perlu apa apa petua melainkan yang saya sebut diatas. Walaupun saya ini orang awam seperti kalian juga,nanum kita perlu ambil tahu sikit sebanyak mengenai jaundice pada bayi.

Air anggur,susu kambing,mandi dalam kuali,mandi air sirap,bagi air masak,bagi setitik arak atau bagi supplemen ini semua tidak membantu bahkan memberi kesan buruk kepada bayi.

Dengarlah nasihat Doktor dan dapatkan maklumat yang tepat.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#HanyaSeorangBapa

MASYA-Allah.

Dari fb : Mohamad Hassan

Bagaimanakah cara anda menurunkan jaundice bayi anda ? Boleh kongsikan dengan mommy untuk ilmu dan pengalaman kalian.

0 Comments:

Post a comment

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..๐Ÿ˜Š