Assalamualaikum wbt,

Hari ini hidangan minum petang mommy sekeluarga istimewa berbanding hari lain. Sesekali berubah selera, sedap juga kan? Mommy terlebih rajin, maka jadilah kuih roti jala berwarna hijau di makan pula bersama kari istimewa.

Roti jala dan kuah kari special
Menu petang adalah menu yang lebih santau, di makan sambil bersembang dengan keluarga. Inilah masa yang sesuai seisi keluarga untuk mengeratkan silaturrahim. Kan?

Jika kita biasa makan pisang goreng, keropok goreng, cucur, bakwam dan sebagainya, apa kata kali ini cuba makan makanan yang berkuah pula. Mommy buat dua jenis kuah, satu kari dan satu lagi serawa. Kedua-duanya sedap di makan. Mommy lebih suka makan dengan kari. Anda pula bagaimana, suka makan dengan kari atau serawa?