Assalamualaikum wbt,

Anda boleh download dan baca Kit Keluarga Produktif dari JAKIM semasa tempoh kawalan pergerakan ini. Sepanjang tempoh ini pastinya berlaku kecelaruan emosi buat kita semua. Apa yang paling penting, jangan terlalu memikirkan tentang Covid-19 ini, tetapi lakukan tips yang dianjurkan oleh pihak JAKIM untuk kita jadikan keluarga yang lebih produktif walaupun ketika berada di dalam rumah.

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini di rumah, antaranya seperti yang disediakan oleh pihak JAKIM dibawah. Apakah aktiviti yang sesuai anda boleh lakukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini? Antaranya adalah:

KIT KELUARGA PRODUKTIF OLEH JAKIM PKP

Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - PKP
 1. Aktiviti Santai
Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Aktiviti Riada
  • Sukan Indoor
  • Senaman ringan
  • Mencuba masakan baharu
  • Dekorasi rumah gaya baharu
  • Gotong royong
  • Basuh kereta bersama
  • Bermain di halaman rumah
  • Jom cabut rumput
  • Jom lipat kain 

2. Aktiviti Ibadah
Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Aktiviti Ibadah
  • Solat berjemaah di rumah
  • Tadarus Al-Quran
  • Puasa sunat (Isnin dan khamis)
  • 1 Hari 1 Hadith
  • Bercerita sirah nabi (Israk Mikraj)
  • Menghafal Al-Quran ayat-aayt lazim
  • Doa, zikir dan membaca Almathurat
  • Tazkirah di rumah
  • Azan di rumah 

3. Aktiviti Ilmu

Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Aktiviti Ilmu
  • Membaca buku
  • "Kelas tambahan" di rumah
  • Semak prestasi sekolah anak
  • Menyiapkan "assignment", proposal, tesis, kertas projek atau kerja-kerja akademik tertangguh
  • Usrah di rumah (Halaqah ilmu)
  • Ikuti kuliah ilmu di youtube 


4. Aktiviti Pejabat
Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Aktiviti Pejabat
  • Membalas pesanan emel
  • Menyiapkan kertas kerja, surat, memo
  • Menyemak kertas, proposal, surat
  • Mesyuarat atau perbincangan atas talian melalui aplikasi "Zoom"
  • Menulis artikel, jurnal, teks ucapan
  • Menambah kemahiran melalui pembelajaran atas talian
  • Mengemaskini HRMIS 

5. Aktiviti Munajat
Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Aktiviti Munajat
  • Banyakkan Istighfar
  • Bertaubat kepada Allah 
  • Bermuhasabah kembali kepada Allah
  • Beriltizam menjadi muslim yang bertaqwa
  • Menjauhi perbuatan maksiat
  • Nasihat menasihati sesama muslim
  • Semak sebelum sebar di media sosial
  • Berdoa kepada Allah 

6. Doa-Doa Kebersihan Diri (Doa Bangun Tidur, Masuk Tidur, Sebelum Makan)

Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Doa-doa Kebersihan Diri
 7. Doa-Doa Kebersihan Diri (Doa Keluar Rumah, Masuk Rumah, Selepas Makan)

Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Doa-doa Kebersihan Diri
 8. Doa-Doa Kebersihan Diri (Doa Naik Kenderaan, Mudah Urusan, Sebelum Tidur)

Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Doa-doa Kebersihan Diri
 9. Zikir Harian
Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Zikir Harian

Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Khidmat Atas Talian JAKIM
 Doa Khusus Covid-19
Kit Keluarga Produktif oleh JAKIM - Doa Khusus Covid-19
"Ya Allah penyakit ini adalah tentera daripada tentera-tentera Mu, Engkau timpakan penyakit ini kepada siapa yang ENgkau kehendaki dan Engkau jauhkan ia kepada siapa yang Engkau kehendaki. Ya Allah! Jauhkan lah penyakit ini daripada kami, rumah-rumah kami, keluarga kami, keturunan kami, negara kami dan negara orang islam". Amin Ya Rabbal Alamin

Semoga bermanfaat semua.