Assalamualaikum wbt,

Doa Memohon Perlindungan Dari Penyakit Covid-19. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat yang Allah hantarkan kepada kita untuk memberi peringatan. Tiada daya dan upaya kita, semuanya hanya Allah yang berkuasa. Bila Allah berkehendak, tiada apa yang dapat menghalang hatta sebesar hama.

Bila datangnya nikmat musibah ini, mengajarkan kita supaya terus menerus sentiasa ingat dan dekat dengan Allah. Mintalah pada-Nya, kerana dari Dia datang dan kepada Dia juga dikembalikan. Musibah yang menimpa kita rakyat Malaysia ini iaitu Covid-19, menunjukkan peningkatan angka kes dan mencatatkan dua kematian. Allahuakbar, innalillahiwainnailahirojiun.



Ya Allah, ampunkan dosa kami Ya Allah. Kembalikan kami kepada sedia kala Ya Allah. Lindungilah diri kami, keluarga kami dan seluruh umat islam di dunia ini Ya Allah. Amin

Selain daripada itu, anda juga boleh amalkan doa ini sebagai amalan harian kita.
Doa Memhon Perlindungan Dari Pentakit Covid-19