Assalamualaikum wbt,

Penang merupakan "Syurga Makanan", bak kata Alif Satar. "Hangpa kalau pergi Penang, tak mai makan memang sia-sia." haha

Mommy memang suka tengok video Alif, rasa macam terus nak terbang pergi Penang sekarang dapatkan makanan macam-macam di sana. Yalah, sudah nama syurga makanan pasti, mesti semuanya ada. Nak tahu tak apa makanan yang mommy nak makan bila sampai sana? Mommy nak senaraikan 10 menu hidangan yang wajib mommy cuba bila pergi Penang.

10 Makanan Suka Sangat Makan Kalau Dapat Pergi Penang

1. Char Keow Teow
Char Keow Teow
Antara menu pertama yang mommy cari bila sampai Penang adalah Char Keow Teow. Mommy tahu Char Keow Teow dari Penang memang tak boleh lawan dengan tempat lain. Aduh, bekecau liur mommy sambil menaip entry ini. Char Keow Teow Penang memang padu bila udang melimpah keluar. 

2. Mee Udang
Mee Udang Sg Dua Penang

Menu kedua mommy nak sangat makan bila dapat pergi Penang adalah Mee Udang. Mommy pernah makan Mee Udang Sungai Dua tahun 2006 ke berapa, serius sedap gila. Mommy belum jumpa lagi mee udang Penang yang sedap di negeri lain. Mommy akan hunting dengan makanan kalau pergi Penang, syurga makanan betul di sana.

3. Laksa Penang

Laksa Penang

Jika ke Penang tidak akan lengkap jika tidak mencuba Laksa Penang. Namanya sahaja sudah menggambarkan dari mana ia berasal. Betul kan? Antara makanan yang pasti mommy dapatkan bila sampai dekat Penang adalah Laksa Penang. Laksa kegemaran mommy sejak dulu hingga kini. 


4. Nasi Kandar
Nasi Kandar
Nasi kandar menjadi pilihan mommy nak dapatkan bila sampai dekat Penang. Nasi yang bercampur dengan pelbagai jenis lauk, jika tidak dicuba amat rugi sekali. Ini antara juadah yang wajib kita cuba bila sampai di Penang. Rasai keunikan yang tersendiri pada nasi kandar.

5. Pasembur
Pasembur
Pasembur adalah makanan yang tidak akan mommy lepaskan peluang untuk makan. Makanan terkenal ini menjadi bualan masyarakat seluruh Malaysia jika berkunjung ke Penang. Rugi pula mommy tak cuba bila dah sampai di Penang kan? Pasembur merupakan antara makanan yang menjadi pilihan mommy bila berkunjung ke Penang nanti. Fuhh, kecur liur weh.

6. Ikan Bakar
Ikan Bakar
Ikan bakar makanan wajib mommy makan bila dapat pergi Penang. Rugi pula bila dah sampai Penang tidak dicuba kan? Anda wajib cuba ikan bakar sebelum meninggalkan negeri Pulau Mutiara ini.

7. Burger LayoQ
Burger LayoQ
Jika ke Penang jangan lupa untuk mencuba Burger LayoQ special ini. Pasti memberikan anda pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Mana mungkin dapat lupa, jika sudah mencuba burger LayoQ ini. Hanya boleh dapati di Penang.

8. Cendol Penang
Cendol Penang
Musim-musim panas begini, tidak sah jika tidak disejukkan dengan air Cendol Penang. Menu wajib mommy cari bila sampai di Penang nanti. Dapat bayangkan kesejukan tekak bila kenakan cendol penang ini. Jangan lupa dapatkan cendol untuk sejukkan tekak di musim panas begini.

9. Nasi 7 Benua
Nasi 7 Benua
Nasi 7 Benua ini akan menjadi salah satu makanan yang mommy suka sangat nak makan bila dapat pergi Penang. Belum pernah mommy jumpa nasi 7 benua di mana-mana negeri selain dari di Pulau Pinang. Nasinya yang unik mempunyai 7 jenis berlainan dan boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk. Menarik kan.

10. Laksa Tempurung
Laksa Tempurung
Yeay, ini adalah makanan terakhir yang pasti mommy cari dan dapatkan bila sampai di Penang. Laksa Tempurung makanan yang disajikan begitu unik sekali dan membuatkan mommy tidak sabar untuk berkunjung ke Penang.


Jika ke Penang pasti anda teruja untuk menikmati pelbagai juadah makanan yang terdapat di negeri Pulau Pinang. Kini, anda tidak perlu risau jika merancang untuk bercuti ke Penang kerana anda boleh makan walau dimana sahaja dengan menggunakan khidmat Food Delivery Penang di apps FoodPanda Malaysia Delivery. Hebat bukan? 

Ye betul, semudah ABC anda cuma perlu install di mobile phone dan aktifkan applikasi FoodPanda Malaysia Delivery dan pilih mana-mana makanan yang mommy recommended kepada anda 10 menu terbaik dibawah yang mesti anda cuba. Setiap pilihan anda nanti akan di hantar oleh Food Delivery Penang. Mudah ke mudah?