Thursday, 29 August 2019

Puak Piraha, Brazil Puak Paling Gembira Atas Dunia

Assalamualaikum wbt,

Article tentang satu puak Asli di Hutan Amazon Brazil. Namanya Piraha~.

Keunikkan yang ada pada puak orang asli Piraha ini boleh dijadikan sebagai contoh untuk kita jalani kehidupan kita hari ini. Mereka adalah puak yang paling gembira, tiada dalam kamus kehidupan mereka perkataan sedih.

Walau apapun yang berlaku, mereka tetap gembjra. Hatta rumah mereka roboh. Pelik kan? Sebenarnya tidak, yang pelik adalah diri kita.

Jom kita baca perkongsian daripada page bekam kulim.


Apa yang menarik tentang puak ni ialah bahasa mereka. Pada tahun 1977 seorang pengkaji bernama Daniel Everett pergi dan tinggal bersama puak Piraha~ ni. Dan selama bertahun-tahun beliau tinggal bersama puak ni, beliau dapati bahasa mereka sangat Unik.

Mereka tak ada perkataan yang boleh describes past and future. Dalam bahasa mereka tidak ada masa lepas dan masa depan. Mereka hanya living in the present moment. Here and Now.

Daniel Everett hanya release hasil kajian beliau beberapa Tahun ke belakangan ni saja. Sejak itu, seluruh dunia orang datang nak mengkaji puak Pirahã ni. Dan mereka dapati, puak Pirahã ialah manusia yang paling gembira dalam dunia.

Sebab bahasa mereka tiada perkataan yang merujuk pada situasi dah lepas dan situasi yang bakal berlaku, mereka hanya betul-betul hidup pada saat sekarang.

Puak Pirahã ni dilaporkan sentiasa tersenyum, sentiasa ketawa sepanjang hari. Mereka ketawa pada semua perkara. Dapat ikan banyak ketawa, dapat ikan sikit pun ketawa, rumah roboh kena ribut pun ketawa, semua benda diorang ketawa. They seems to always be happy. Ini di documentasi kan.

Keajaiban hanya boleh berlaku bila kita living in present moment. Dahsyat kan? Pirahã tak kenal concept perkara lepas dan perkara bakal berlaku. Sebab benda tu tak ada dalam culture mereka.

Ada lagi satu puak di Africa, bahasa mereka tak ada perkataan sedih. Jadi mereka tak kenal apa itu sedih. Mereka akan describes sedih itu macam rasa tak selesa seolah-olah nak demam atau selsema. Itu saja. Tapi puak mereka tak pernah bersedih.

Mereka tak pernah kenal apa itu sedih. Maknanya, kalau that word kita tak kenal, tak tahu, kita tak dapat nak Experience. Harini, society kita semua depress, stress, anxious. Nanti, lama-lama, semua benda ni akan jadi culture kita. Sebab kita dah mula adapt.

Ini di panggil social conditioning. Hati-hati. Bila majority orang keliling kita stress, depress, anxious. Kita pun akan mula anggap benda tu sebahagian dari cara hidup. Benda tu dah jadi normal sebab semua orang stress.

Mommy sendiri kagum dengan kehidupan puak asli Piraha ini. Mereka yang jauh ketinggalan dari kita, tapi mampu hidup dengan penuh gembira. Kita yang hidup lebih maju, namun kekusutan melebihi puak piraha.

Sebenarnya kan, kita boleh sangat hidup dengan gembira. Semuanya terletak pada hati dan diri kita. Kita belum enjoy dengan setiap kehidupan yang Allah bagi, kita belum nikmati hidup yang Allah susun untuk kita. Sebab itu, kadang-kadang kita boleh jadi stress, kecewa dengan keadaan yang tidak seperti kita impikan. Betul ke betul?

Mommy nak share dengan anda semua, macam mana cara kita nak hidup lebih gembira. Hanya dengan cara tahu cara tidur yang betul dan bangun tidur yang betul.

Nantikan next post ye.

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊