5 LANGKAH MUDAH SEMAK SKINCARE LULUS KKM

Assalamualaikum wbt,

Bagaimana cara untuk kenal pasti skincare yang kita guna lulus KKM? Jika di pasaran terdapat pelbagai jenis skincare yang diclaim mendaat kelulusan KKM, namun masih ada keraguan dihati anda untuk mencuba. Boleh saja anda mengemas kini sendiri di laman web rasmi KKM.

Bagaimana nak tahu Produk Skincare Yang Mana Ada Kelulusan KKM?



5 LANGKAH MUDAH SEMAK SKINCARE LULUS KKM

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM


1) Layari laman web NPRA di www.npra.gov.my

NPRA ialah singkatan kepada National Pharmaceutical Regulatory Agency. Untuk menyemak kelulusan produk suplemen juga melalui laman web yang sama.

Jika mahu menyemak produk selain Shaklee pun boleh juga.

2) Pilih ‘Consumers’ -> 'Products Search


Anda akan nampak seperti ini:

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM


3) Pilih ‘Cosmetic’ untuk menyemak skincare

Boleh pilih ‘Pharmaceutical’ jika mahu menyemak produk suplemen (bukan skincare).
Mudah kan?

4) Pilih 'Product Name'

Di bahagian 'Search by', ada beberapa pilihan:
  1. Product Name 
  2. Notification Number 
  3. Holder Name 
  4. Manufacturer Name 
  5. Importer 
Pilih 'Product Name' supaya mudah untuk membuat carian.

5) Masukkan nama produk yang ingin disemak

Contohnya : Shaklee Youth. Akan keluarlah semua senarai produk dengan perkataan ‘Shaklee Youth’ tadi.

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM

0 Comments