Pengalaman Bersalin Secara Normal - Part 1

Pengalaman Bersalin Normal. Sakit Tak Bersalin? Soalan wajib wanita yang belum bergelar ibu. Betul kan?

Assalamualaikum wbt,


Sebelum hamil, kak wawa berusaha untuk hamil dan alhamdulillah Allah berikan peluang untuk kak wawa rasai pengalaman hamil selama 39 minggu 3 hari. Selepas hamil, bermain difikiran kak wawa apakah rasa bersalin nanti. Sakit ke bersalin?

Bila dengar pengalaman kawan-kawan, rasa ngilu, takut, berdebar semua ada. Sebolehnya, tak nak laa bersalin. Nanti tuttt jadi besar, koyak, kena jahit, kena gunting. Oh My God! serius, takut sangat bila dengar. Ada kawan-kawan kak wawa kongsi pengalaman mereka yang merasai sakit berjam-jam. Merasai kontraksi yang lama, terpaksa induce dan sebagainya. Ada yang kata, rasa sakitnya berpuluh-puluh kali sakitnya rasa senggugut.

Sungguh, semua itu buat kak wawa rasa, Ya Allah, macam mana la aku nanti takutnya laa hai.

Bila tiba masa kak wawa sendiri rasai pengalaman bersalin secara normal ini. Ya Allah, sungguh pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah, kak wawa dapat lalui dengan mudah dan senang sekali. Apa yang boleh kak wawa simpulkan adalah, pengalaman bersalin setiap wanita adalah berbeza.

Beruntunglah bagi wanita yang kurang merasa sakit, mudah untuk bersalin dan dapat menikmati proses kelahiran dengan begitu mudah dan tenang. Alhamdulillah, pengalaman itu kak wawa sendiri rasai. Anda, yang sedang menantikan hari untuk bersalin jangan risau dan jangan khuatir kerana rasa sakit itu Allah berikan kepada setiap orang adalah berbeza-beza.

Pengalaman orang lain ini hanyalah sebagai persediaan mental kita untuk melalui proses kelahiran tersebut dengan mudah dan selamat. Jadi, jangan terlampau banyak berfikir apa orang cerita, yang penting setkan dalam minda kita sendiri bahawa proses kelahiran kita nanti mudah, senang, lancar dan tidak sakit. Orang kata sangat mustahil untuk tidak rasa sakit, namun percayalah Allah itu Maha Kuasa. Tiada yang tidak boleh Allah buat, melainkan semuanya kehendak Allah.

Teringat pula satu ketika dulu, dalam tahun 2015/2016, waktu itu kak wawa belum lagi hamil dan kak wawa ada sharing dengan kawan ofis. Kak wawa kata, lepas ni kalau bersalin dan tak mau bagi sakit kita kena setkan di minda kita bahawa bersalin tak sakit. Dia sungguh-sungguh tentang, sebab katanya sakit bersalin adalah sakit yang kedua selepas skait mati.

Ok, kak wawa tak bergaduh panjang cuma iakan sahaja. Namun, dalam hati tetap kak wawa optimis bahawa sakit bersalin boleh kita kurangkan dengan cara pengendalian minda yang betul. Jika kita setkan di minda kita bahwa berslain tidak sakit, insyaAllah kita dapat kurangkan rasa sakit tersebut.

Kak wawa sangat percaya dan yakin bahawa bersalin sebenarnya tak sakit. Sebab, mak kak wawa sendiri alami keadaan ini di mana sewaktu nak bersalin, mak boleh gelak-gelak dan bersembang dengan nurse dan bidan. Sampaikan bidan yang tanya, kamu ni nak bersalin ke tak nak. hihi

Jadi, maksudnya apa? Tak mustahil kita dapat bersalin dengan mudah dan senang kan jika kita sentiasa berdoa pada Allah supaya dipermudahkan bersalin. Apa yang kak wawa amal sejak tahu bersalin sehingga masa nak bersalin? Kak wawa akan share di entry seterusnya.


Share:

2 comments:

  1. Alhamdulillah..setiap orang ada bahagian masing-masing..betul CW cakap..mindset..sebab itu pun melatih diri bersangka baik dengan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sentiasa doa dan bersangka baik dengan Allah.

      Delete

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

HOW TO ORDER

HOW TO ORDER
PLEASE WHATSAPP MOMMY DIRECTLY

Blog Archive

Recent Posts

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark | Sensodyne