Author

Breaking

Sunday, 27 January 2019

Ketahui 10 Jenis Pembersih Wajah Yang Sesuai Untuk Anda

Ketahui 10 Jenis Pembersih Wajah Yang Sesuai Untuk Anda.

Assalamualaikum wbt,

Pembersih wajah atau lebih dikenali sebagai pencuci muka menjadi keperluan bagi setiap orang. Ini kerana kulit wajah kita terdedah kepada kotoran setiap masa. Justeru, bagi mengelakkan kulit wajah mengalami masalah, anda perlu membersihkannya setiap hari.

Menjadi persoalan pula, pembersih wajah jenis apa yang sesuai untuk kulit anda? Memandangkan semua orang mengalami masalah kulit yang berbeza, kita tidak boleh memakai pembersih wajah berpandukan wajah orang lain. Kita perlu meneliti masalah kulit wajah yang kita alami.

Jadi, dibawah ini anda boleh mengenal pasti jenis pembersih wajah yang sesuai untuk kulit anda.

10 Jenis Pembersih Wajah Mengikut Masalah Kulit Anda.

Ketahui 10 Jenis Pembersih Wajah Yang Sesuai Untuk Anda, Pembersih wajah, cara pilih pembersih wajah mengikut jenis kulit

1. Pembersih wajah jenis Gel - Kulit normal hingga kombinasi dan berminyak

Memaparkan rasa buih yang sangat bersih dan sentuhan lembut krim. Ia membersih hingga ke dalam kulit, berkesan untuk menyerap minyak berlebihan dan kotoran dari liang pori yang tersumbat.

2. Pembersih wajah jenis Minyak - Kulit kering dan sensitif

Bekerja secara "minyak menarik minyak", ia menyerap kotoran tanpa mengeringkan kulit anda. Ia membekalkan nutrien kepada kulit.

3. Pembersih wajah jenis Krim - Kulit kering dan sensitif

Tekstur pekat dan berkrim untuk membersihkan kulit tanpa menyingkirkan minyak semulajadi kulit.

4. Pembersih wajah jenis Buih - Kulit berminyak dan kombinasi

Bermula sebagai krim dan berubah menjadi buih untuk menyingkirkan minyak yang berlebihan. Ia  boleh menjadi sedikit keras dn mengeringkan kulit.

5. Pembersih wajah jenis Susu - Kulit kering dan sensitif

Membersih hingga ke dalam dan menghidrat kulit tetapi tidak disyorkan untuk membersih solekan.

6. Pembersih wajah jenis Tanah Liat - Kulit berminyak dan kombinasi

Membersihkan kulit dengan mengeluarkan minyak dan toksin yang berlebihan dari liang pori.

7. Pembersih wajah jenis Misel (Micellar) - Kulit kering dan sensitif

Mengandungi molekul minyak kecil terkandng dalam air lembut untuk menyingkirkan minyak, kotoran dan solekan. Tidak memerlukan pembilasan.

8. Pembersih wajah jenis Serbuk - Kulit berminyak dan sensitif

Lembut pada kulit apabila kering dan berubah menjadi krim apabila bersentuhan dengan air. Ia membersihkan sambil memperhalus kulit dengan lembut.

9. Pembersih wajah jenis Pengelupasan - Semua jenis kulit kulit sensitif dan sangat kering.

Membersih hingga ke dalam, mengelupas dan menghilangkan solekan secara teliti. Tidak disarankan untuk penggunaan harian.

10. Pembersih wajah jenis Sabun - Kulit berminyak dan kombinasi

Tahap pH yang mesra kulit selain bahan-bahan pelembap yang sangat tinggi seperti gliserin dan minyak pati.

10 jenis pencuci wajah ini boleh anda teliti yang manakan sesuai dengan kulit anda. Agak sukar untuk mencari pembersih wajah yang sesuai dengan anda? Jangan risau, kak wawa nak kongsikan pula pembersih wajah 3 dalam 1 iaitu, Youth Luminous Gel Oil Cleanser.

Youth Luminous Gel Oil Cleanser Gel dan Minyak Kombinasi Unik untuk Kulit Yang Sihat 

Youth Luminous Gel Oil Cleanser menggabungkan manfaat pembersih minyak dan gel:

  • Memberikan pengalaman pembersihan wajah yang menakjubkan.
  • Pembersihan yang mendalam.
  • Menyingkirkan penyumbatan liang pori
  • Menyerap kekotoran.
  • Tidak mengeringkan kulit.
  • Menanggalkan solekan secara lembut.
  • Memperhaluskan kulit dengan lembut.
  • Menyuci dan mempersiapkan kulit untuk rejimen penjagaan wajah yang seterusnya.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • pH seimbang.
  • 3 dalam 1 dan tanpa sabun.
  • Merupakan campuran vitamin berpaten dan polifenol serta alga yang menghaluskan kulit.
Amacam? Hebat tak Youth Luminous Gel Oil Cleanser dari skincare shaklee? Boleh baca tentang Youth skincare di bawah ini juga tau.

2 comments:

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊