Doa Nabi Yunus A.S Selusuh Ibu Bersalin.

Assalamualaikum wbt,

Sudah menjadi kebiasaan bagi orang melayu kita untuk mendapatkan minyak selusuh, air selusuh untuk memudahkan ibu bersalin. Kak wawa tak tahu sejauh mana keberkesanan selusuh ini, namun tidak jugak menolak amalan yang telah lama diamalkan oleh masyarakat kita.

Malam tadi, kak wawa sempat bervideo call dengan mak ayah. Bila usia kandungan kak wawa dah nak cecah 36 weeks, cuma tinggal menunggu bila-bila masa sahaja baby akan keluar. Lepas tu, tetiba kak wawa tanya mak tentang minyak selusuh. Memandangkan kak wawa berada jauh diperantuan, mana mungkin nak dapatkan minyak selusuh dari mak ayah kan. hihi

Kemudian, ayah kak wawa menyampuk perbualan kami. Katanya, amal doa Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan paus. Boleh baca di google kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan paus selama 40 hari.


Ayah kak wawa pesan, bacalah doa Nabi Yunus ini setiap masa supaya Allah memudahkan kita bersalin. Setiap kali minum air pun baca dan tiup dalam air. Kita buat je sendiri atau minta suami amalkan sekali. Lepas tu, sapu air yang kita tiup ni dibahagian perut ke bawah, bahagian belakang. 

Sentiasa berdoa kepada Allah, supaya dipermudahkan kita bersalin secara normal. 

Selamat beramal semua.