Amalan Ayat Al-Quran Untuk Perbanyakkan Susu

Amalan Ayat Al-Quran Untuk Perbanyakkan Susu.

Assalamualaikum wbt,

Tahukah anda, susu ibu merupakan susu yang penuh dengan khasiat untuk si manja. Ibu digalakkan memberi susu ibu seawal usia selepas dilahirkan. Namun, setiap ibu pastinya mengalami cabaran yang tidak sama. Betul ke betul?

Ada ibu susunya banyak, meriah dan melimpah-limpah. Ada ibu, susunya langsung tak keluar, ia memerlukan ransangan dan urutan terlebih dahulu. Macam-macam cabaran yang dilalui oleh mommy, namun semuanya pasti ada penyelesaian bukan?

Kak wawa nak kongsikan tips amalan ayat al-quran atau pun doa khusus untuk perbanyakkan susu ibu. 

Doa dan Ayat-Ayat Al-Quran Agar Susu Ibu Sentiasa Cukup Untuk Keperluan Bayi

1. Bacalah doa ini selalu,

"Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susu ku untuk bayiku dan mudahkanlah perjalananku  untuk menyusukan anak ku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Amin."

2. Baca selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

3. Amalkan bacaan surah Al-Hijr, ayat 22-23 : 




Yang bermaksud :

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. (22)"

"Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya. (23)"


4. Amalkan surah Saad, ayat ke 54 :



Yang bermaksud :

"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis."


5. Amalkan membaca surah Al-Hujurat & Al-Kauthar sebagai amalan harian terutama dalam tempoh menyusukan bayi anda.

Selain daripada amalan diatas, ibu-ibu perlu lakukan persiapan minda dan fizikal supaya sentiasa positif sewaktu dalam proses untuk menyusukan bayi anda.

Suami juga memainkan peranan yang penting dalam membantu isteri bagi menjayakan penyusuan bayi sehingga 2 tahun setengah, supaya proses penyusuan ini berjalan dengan lancar.

Bagi kak wawa pula, pengambilan makanan yang seimbang perlu agar penghasilan susu ibu lebih memiliki nutrisi yang baik untuk dibekalkan kepada bayi anda. Peranan pemakanan seimbang memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu ibu.

Bagi anda yang ingin dapatkan nutrisi yang baik dalam penghasilan susu ibu, bolehlah baca tentang set penyusuan shaklee sebagai supporter dalam penghasilan susu ibu.



2 comments:

Etuza Etuza said...

Amalkan ya yakin dengan kuasa Allah

dear anies said...

para ibu boleh take note ni!