Istighfar Penghapus Dosa.

Assalamualaikum wbt,

Selamat pagi sahabat, Ya Allah, jadikan hari ini penuh keberkatan dalam hidup kami. Jom kita dengar kuliah dari Ustaz Ahmad Dusuki.

Zikir ini apa? Zikir berasal dari perkataan bahasa arab iaitu zakaro. Zikir ini apabila kita buat sesuatu dengan mengingati Allah. Contohnya, apabila kita nak drive dan kita baca doa. Apabila nak makan, kita baca doa makan.


Allah suka orang yang meminta ampun.

Firman Allah, 

Mana-mana orang yang hidup buat yang keji atau zalim pada diri sendiri, kemudian dia cepat-cepat istighfar (meminta ampun pada Allah), kamu akan dapati Allah itu Maha Pengampun dan Mengasihani pada dia.