8 Tanda Anda Sudah Nak Bersalin

8 Tanda Anda Sudah Nak Bersalin.

Assalamualaikum wbt,


kredit picture wisma bersalin ikhwan

Bagaimana kita nak tahu bila kita akan bersalin? Ramai yang pening dan sememangnya kita tidak dapat nak bagi masa sebenar bila kita akan bersalin. Tambahan pula bagi ibu hamil anak pertama. Kita tidak dapat nak mengagak waktu bersalin secara spesifik, namun kita boleh meneliti beberapa tanda yang digariskan oleh doktor yang berpengalaman.

Tubuh kita sebenarnya sudah bersedia sebulan awal untuk melalui proses kelahiran. Jadi, anda yang sedang hamil sebenarnya dapat merasakan beberapa tanda awal sebelum melalui proses kelahiran. 

Pada peringkat awal, anda mungkin akan merasa beberapa tindak balas tubuh anda seperti dibawah:


  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.



  • Tanda-tanda lain hendak bersalin termasuk:


    • Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
    • Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
    • Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
    • Pembuangan najis lebih mudah.


    Kredit sumber babycenter.

    Hai Mommy, sudahkan anda bersedia untuk keluarkan baby? hihi. Bagi persediaan mommy untuk berpantang dengan lebih sihat dan cergas, boleh usha-usha supplemen shaklee untuk berpantang di SINI dan testimoni berpantang bersama set bersalin shaklee di SINI.

    3 comments:

    Fadzi Razak said...

    Tak ready lagiii hahahahahha. Dah ada dah tanda tanda sikit ni. Doakan Fazi ye wawa. Fadzi doakan Wawa dipermudahkan untuk bersalin jugak nanti

    Kak Wawa said...

    @Fadzi Razak tak lama dah tu fadzi.. InsyaAllah, aaminn.. Fadzi boleh, yeahh!!

    ejulz said...

    good info.. semoga dipermudahkan nanti.. :)