Pelaburan 6 Juta Tingkatkan Prestasi Cemerlang Flower Chimp DI Asia Tenggara

Pelaburan 6 Juta Tingkatkan Prestasi Cemerlang Flower Chimp DI Asia Tenggara.



Assalamualaikum wbt,



Pernah tak dapat jambangan bunga dari insan tersayang? Mestilah ramai yang pernah kan, begitu juga kak wawa. Jambangan bunga boleh membuatkan orang yang tersayang jatuh cinta berkali-kali. Betul kan? Cuba anda hadiahkan jambangan bunga ros kepada insan tersayang hari ini. Wahhh, pasti menjadi ingatan yang tak mungkin dilupakan.

Jambangan Bunga Hari Istimewa


Bagi anda yang sibuk dengan urusan harian hingga tiada masa untuk pergi ke kedai bunga, jangan risau "Flower Chimp" boleh membantu anda  untuk memenuhi keperluan bunga-bungaan pilihan anda serendah RM89 sahaja. Kiriman jambangan bunga bukan hanya untuk kekasih hati sahaja, malah ia ditawarkan ucapan istimewa sempena sambutan Hari Anniversary, Hari Guru, Hari Ibu, Hari Kekasih, Hari Lahir dan lain-lain.

Penghantaran Seluruh Malaysia

Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran seluruh negara meliputi lebih daripada 80 buah daerah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Woww, satu perkhidmatan yang sentiasa ditunggu untuk memudahkan rakyat Malaysia menyambut dan membuat kejutan kepada insan tersayang walaupun berada jauh beribu batu. 

Kos Penghantaran Percuma

Lebih membahagiakan apabila Flower Chimp memberi penjimatan berganda kepada anda menerusi penghantaran secara percuma keatas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Bagi pembayaran yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari, tempahan dihantar pada hari yang sama untuk berikan kejutan kepada insan tersayang.


Flower Chimp Luaskan Pasaran Global

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.


Flower Chimp Tambat AVG Labur RM 6 Juta

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.


Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa. 


Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.


Contoh gambar bouquets,





Bagi anda yang ingin dapatkan tempahan dan perkhidmatan penghantaran bunga, boleh dapatkan detail contact dibawah.

Hubungi kami:

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:  https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph


#SayItWithFlowers #FlowerChimpMY #FlowerChimp

1 comment:

aeinna Musa said...

masyaALLAH bestnye.. 6 juta tuu. rejeki company tu. jambangan bunga dia pon lawa2