Khabar Dari Mekah : Terubat Rindu Pada Mak Ayah

Khabar Dari Mekah : Terubat Rindu Pada Mak Ayah.

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selesai urusan sempurnakan haji mak ayah kak wawa semalam. Cuma tunggu untuk buat tawaf selamat tinggal sahaja. Minggu lepas kak wawa ada call mak tanya khabar, mak bagitau waktu tu 3 hari lagi akan berangkat ke Arafah untuk lakukan wukuf, melontar dan sebagainya.

Disebabkan kekangan untuk bertukar simcard dengan telefon pintar, mak decide untuk guna telefon ayah sahaja untuk berhubung dengan kami. Nak berhubung pula kami tak tahu waktu spesifik mak kelapangan, jadi bila call selalu tak berangkat dan sebagainya. Tambahan pula, charge untuk per minit adalah rm6. Untuk bercakap lama, kami akan topup rm100-rm200 setiap kali. Paling lama kak wawa dapat bercakap dengan mak 13-15 minit sahaja. 

Jadi, kami decide untuk bagi mak dan ayah selesaikan haji dan ibadat lain dulu. Kami tak kacau laa sehinggalah semalam, ada nombor yang tidak dikenali whatsapp kak wawa. Bagi gambar mak ayah ni, ya Allah rindunyaaa. Hari sebelum tu, kak wawa ada juga hubungi mak tapi tak dapat. Mungkin tiada bateri agaknya.

Hamba Allah ni bagus sangat, dia banyak bantu mak ayah kak wawa sempurnakan rukun haji. Mereka bawak mak ayah kak wawa untuk melontar dan sebagainya. Memandangkan ayah kak wawa guna kerusi roda juga, kadang-kadang berjalan juga, jadi pergerakan tu agak lambat. Alhamdulillah, dengan pertolongan hamba Allah ni, mak dan ayah dapat selesaikan haji dengan mudah. Terima kasih Yie & Yah, semoga Allah ganjarkan pahala yang besar buat kalian.





Alhamdulillah, syukur mak ayah nampak sihat. Mak makin berisi, ayah pula makin kurus sebab tak makan sangat katanya mak. Walau apa pun, lagi 13 hari mak nak balik Malaysia. Tak sabarnya nak jumpa mak Hajjah Halimah bt Abd Rahman dan ayah Haji Wan Ismail b Wan Ahmad.


1 comment:

alongxp dotcom said...

Semoga semuanya baik untuk mereka