Join Kursus Keibubapaan di Klinik Kesihatan Bandar Penawar

Join Kursus Keibubapaan di Klinik Kesihatan Bandar Penawar.

Assalamualaikum wbt,

Sepagi berkursus semalam, banyak sangat input dapat.

Kecian habibi tak dapat nak join, its ok laa daddy. Nanti mami cerita ye input2 best kat daddy.😊

Dapat makan free pagi & tengah hari. Dapat gift kain lampin & pampers lagi. Murahnyaa rezeki baby, belum keluar lagi dah dapat hadiah.🤗

Kecik betul ehh pampers newborn, nasib mami beli 1 pack kecik je.😄

Lagi 2 bulan baby nak menjengah dunia, doakan mami, daddy & baby ready naa mental & fizikal untuk jadi mami, daddy yang terbaik untuk baby.😍



Topik semalam, hamil, bersalin, penyusuan & jadi ibu bapa yang penyayang.😍

Banyak sangat kes depression sekarang, jadi ibu bapa memang perlukan kekuatan mental dan fizikal untuk hadapi fasa2 ini dengan tenang.

Banyak faktor ibu jadi stress ni, asyik fikir takut nak bersalin, takut nak menyusu, takut bengkak susu, takut susu tak keluar, takut terlampau letih & banyaklah ketakutan dalam diri ibu.

Pesanan untuk semua bakal2 mami yang anak first ke, kedua ke, ketiga ke & seterusnya, jangan terlampau banyak fikir. 

Laluilah setiap moment sejak kehamilan, bersalin, menyusu dan membesarkan anak2 dengan perasaan yang happy dan gembira.

Disamping itu juga, kena kuatkan rohani kita dengan ilmu2 agama contohnya selalu mengaji, zikir, banyak bercakap yang baik2, yang penting ingat Allah laa. 

Apa2 pun kita alami, no 1 ingat Allah. Sentiasa remind dalam diri, Allah sayang aku, Allah sayang aku. InsyaAllah, hati pun jadi tenang. 

Tadi, sempat jugak belajar macam mana nak tangani stress. Kadang2 kita tak perasan pun kita stress. Kita rasa kita OK je kan. Sebenarnya, badan kita stress.

Macam mana nak cek? Cuba letak tangan atas bahu, picit dan tekan. Kalau rasa sakit, itu tanda anda sedang stress.

Macam mana nak tangani stress, next time mami cite lagi naa. Dah terpanjang plak post ni..😋

1 comment:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah tambah ilmu...