Tahniah France Layak ke Semifinal

Assalamualaikum wbt,

Keputusan Perlawanan France- Uruguay Tahniah France layak ke semifinal siapa yang layak ke semifinal world cup 2018

Tahniah Pasukan France selepas melayakkan diri ke semifinal selepas perlawanan mereka malam tadi menentang Uruguay.

Mata penuh yang dikutip France dengan rembatan gol 2-0 pada masa pertama menjadikan pasukan ini layak untuk menangi perlawanan yang berlangsung malam tadi.

Perlawanan antara France dan Uruguay telah mendapat siaran langsung di TV1, kak wawa sempat juga lihat gol pertama dan selepas itu masuk tidur.😄

Tahniah France menangi perlawanan malam tadi dan kak wawa merupakan salah seorang peminat team ini. Hehe

Kalau dilihat perlawanan masa pertama, kak wawa memang kurang suka dengan team Uruguay sebab cara permainan mereka agak kasar. Manakala team France pula bijak dalam mengawal bola dan permainan malam tadi agak seimbang kedua-dua pasukan menyerang.

Kak wawa kagum juga sebenarnya dengan benteng pertahanan pasukan Uruguay, kebanyakan bola dapat ditepis apabila sampai ke kawasan penalti. Kan?

Waaaa, bila kak wawa berbicara pasal bola. Walau apa pun, tahniah France & good luck untuk next game yang akan berlangsung pada 11hb nanti.

No comments: