Parenting Tips : Ajar Bayi Tidur Dengan Mudah

Parenting Tips : Persediaan Menjadi Ibu, Ajar Bayi Tidur Dengan Mudah.

Assalamualaikum wbt,



Bila usia kandungan kak wawa bakal cecah usia 6 bulan, perasaan untuk menjadi ibu semakin membuak-buak. Namun, dalam masa yang sama juga ada perasaan takut dan risau untuk hadapi suasana yang baru nanti. Bagaimana persediaan untuk menjadi ibu, persediaan mengawal emosi ketika dalam pantang, bagaimana nak uruskan bayi yang masih kecil, bagaimana nak susukan bayi ketika dalam pantang, bagaimana uruskan diri sendiri ketika dalam pantang. Ehh, banyaklah pertanyaan yang sedang berlegar-legar dalam kepala ni. hehe

Hari ni kak wawa nak share tips macam mana nak ajar anak atau bayi anda tidur dengan mudah. Sewaktu berpantang, kebanyakkan bayi mudah tidur dan waktu tidurnya tidak menentu. Apabila menginjak usia 1 bulan, pola perubahan tidur bayi juga berubah. Ada sesetengah bayi, terpaksa dipangku ibu untuk tidur dengan nyenyak. Apabila diletak, rengekan dan tangisan pasti kedengaran. Kan?

Bagi orang yang tidak alami keadaan ini, mungkin rasa keadaan ini biasa. Alah, biasalah kecilkan memang susah nak tidur. Bila dibiarkan, ia boleh mengganggu urusan harian kita. Kalau balik kampung, asyik anak merengek je dengan kita, boleh mengundang kurang senang pada orang lain. Kan2?

Jadi, macam mana nak ajar bayi anda tidur dengan mudah, walau di mana saja anda letak. Tips ini wawa dapat dari majalahpa&ma yang dikongsi oleh Puan Aiza. Pada fikiran kak wawa, boleh juga kita buat sewaktu anda hamil lagi. Perasan atau tidak, kebanyakkan bayi bergerak ikut waktu kan. Ada kala waktu pagi, tengah hari, petang dan malam.

Menurut kajian, bayi di dalam kandungan sudah dapat mendengar dan mengetahui suara ibu pada usia 5 bulan. Oleh itu, apa kata kita bercakap-cakap dengan baby sewaktu mereka masih di dalam kandungan lagi. Ajar dan bagitau, waktu bila kena tidur, waktu bila kena bangun.


Parenting Tips : Ajar Bayi Tidur Dengan Mudah
  1. Ajar baby anda tidur berjadual iaitu mengikut cycle dan waktu feeding. Bagi susu dan terus tidur.
  2. Ketika pantang, tetapkan waktu menyusu dan jangan 'mengempeng' terlalu lama. Jika baby sudah tidur, masukkan jari kelingking ke dalam mulut baby, keluarkan puting dari mulut baby, letak atas tilam perlahan-lahan. Kalau terjaga, tepuk perlahan-lahan dan berzikir. Tak perlu ankat balik untuk bagi mengempeng.
  3. Tiada buaian, tiada rocking chair, tiada hayun-hayun, tidak tepuk punggung baby untuk tidurkan. Jangan mula dan biasakan, apabila kita biasakan baby ia buatkan baby jadi susah tidur jika tak ada semua tu. Pada usia 0-3 bulan adalah untuk membiasakan baby dengan something, bila dah terbiasa, makan nanti akan menjadi kebiasaan kepada baby.
  4. Berzikir waktu nak tidurkan baby atau tengah feeding. Apabila baby dah tidur, baca selawat dan hembuskan di ubun-ubun. Amalkan setiap masa.
  5. Lakukan affirmation setiap kali baby bangun tidur dan ingin tidur. Bisikkan ditelinga baby anda dengan ucapan yang baik seperti, " Adik mudah tidur, adik senang tidur bila2 masa, adik hebat boleh tidur time orang bising, etc". Macam-macam affirmation lain yang kita boleh gunakan.
  6. kaku baby terbangun, kita buat  "don't know" je tau. Nampak macam kejam, tapi percayalah baby akan tidur balik. Jadi, lama-lama baby tahu nak rilek sendiri lepas terbangun. Biasanya, kalau baby bangun kita tenung mata dia, sambil tepuk perlahan dan cium. Urut pangkal mata di dahi pun berkesan.
  7. Pastikan suasana yang selesa dan sedap tidur. Pasang ayat al-quran atau mami berzikir. pastikan pampers dah tukar, badan bersih dan well-feed.
  8. Train dari awal. Ini adalah sebagai ikhtiar, dan boleh dicuba kepada baby masing-masing. bagi baby yag ada sawan tangis, boleh gunakan teknik affirmation juga sebagai ikhtiar, supaya mudah tidur.
Semoga berjaya mami!

Selain itu, emosi mami juga kena strong. Bagaimana nak pastikan mental dan fizikal mami strong? Mudah saja, semuanya melalui pemakanan harian mami. Jika mami kurang nutrisi, badan mudah letih dan tidka bermaya. Jika berlaku keadaan anak sukar untuk tidur, ia boleh menyebabkan emosi mami mudah terganggu sehinggakan timbul rasa nak marah, geram dan sebagainya.

Kak wawa syorkan mami untuk amalkan set kehamilan dan set berpantang sepanjang hamil dan berpantang supaya mami dapat nutrisi yang cukup. Seterusnya, menjadikan mami seorang yang happy menguruskan anak dan diri sendiri.

Parenting Tips : Ajar Bayi Tidur Dengan Mudah, pengalaman jadi ibu tips ibu ayah, persediaan jadi ibu

Parenting Tips : Ajar Bayi Tidur Dengan Mudah, pengalaman jadi ibu tips ibu ayah, persediaan jadi ibu

Parenting Tips : Ajar Bayi Tidur Dengan Mudah, pengalaman jadi ibu tips ibu ayah, persediaan jadi ibu


Klik gambar untuk tahu info lebih lanjut..")

Mungkin pengalaman setiap ibu tidak sama, tetapi kita boleh membuat persediaan dari awal samada mental dan fizikal untuk menghadapi suasana yang baru nanti. Doakan semoga kak wawa dipermudahkan urusan ya.

2 comments:

ejulz said...

terbaek tips ni :)

Zuhaira Nasrin said...

selamat menghitung hari menerima kehadiran baru kak wawa :D