My Pregnancy Journey Part 7 : Kenapa Buat Ultrasound Scan Ketika Hamil.

Assalamualaikum wbt,

Apabila seseorang hamil, perkara yang terlintas difikiran adalah 

"macam mana ye keadaan baby aku dalam perut ni?"
"macam mana ye bentuk baby aku kat dalam perut ni?"
"Besar mana dah ye baby aku dalam perut ni?"

Jika tidak dibuat ultrasound scan, macam mana kita nak tahu perkembangan bayi yang sedang dikandung. Betul kan? Itulah perasaan kak wawa sekarang ini, asyiklah ajak suami nak pergi scan baby, tapi ditolak mentah-mentah. Katanya, tunggulah baby besar dulu. Emm, ok.

Sebelum itu, nak tahu tak apa itu Ultrasound Scan dan macam mana proses untuk scan baby? Bagi yang pernah hamil, surely dah tahu kan macam mana alat ultrasound scan dan macam mana nak scan baby kan?

Apa itu Ultrasound Scan?

Ultrasound scan sebenarnya menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan imej-imej gambar organ-organ yang terdapat di dalam badan kita atau bayi yang sedang dikandung.

Gelombang bunyi yang digunakan akan dihantar menerusi badan kita dan seterusnya dipantul semula ke mesin untuk menghasilkan imej gambar.



Skan ultrasound melibatkan penghantaran bunyi frekuensi tinggi melalui uterus. Bunyi itu melantun dari bayi dan gema yang melantun kembali itulah yang diterjemah oleh komputer untuk menghasilkan imej atas skrin yang menampakkan posisi dan pergerakan bayi. Tisu keras seperti tulang memantul gema yang sangat besar yang menjelma sebagai warna putih dalam imej, dan tisu lembut kelihatan kelabu dan berbintik. Bendalir (seperti bendalir amnion dalam mana bayi terapung) tidak memantul sebarang gema, jadi kelihatan hitam. Perbezaan-perbezaan dalam kegelapan warna imej yang berlainan antara warna putih, kelabu dan hitam itulah yang membolehkan pakar obstetrik anda menginterpretasikan gambar skan.[ Info  ]


kredit image google


Perasan atau tak, apabila doktor ingin mulakan proses ultrasound scan, sejenis gel akan diletakkan di kawasan perut. Pernah tak terlintas difikiran, kenapa mesti letak gel?


Doktor akan menyapu gel di atas perut anda dan akan mengerakkan transduser yang kecil merata-rata kulit perut anda untuk mendapatkan gambaran bayi yang jelas. 

Apakah Tujuan Buat Ultrasound Scan?

Tertakluk kepada peringkat kehamilan anda semasa ianya dilakukan, skan ultrasound boleh:

  • Memeriksa jantung bayi untuk mendengar denyutannya.
  • Menentukan samada anda mengandung satu bayi atau lebih.
  • Mengesankan kehamilan ektopik, di mana embrio tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopio.
  • Menentukan punca sebarang pendarahan yang anda sedang alami.
  • Menetapkan tempoh kehamilan anda dengan mengukur panjang bayi.
  • Menilai risiko sindrom Down dengan mengukur bendalir di belakang leher bayi pada 11 minggu hingga ke 13 minggu termasuk enam hari (apa yang dikatakan skan lut chaya nuka atau nuchal translucency scan).
  • Menentukan mengapa keputusan ujian saringan darah tidak normal.
  • Membantu dalam membuat ujian diagnostik dengan selamat, seperti CVS atau amniosentesis sebab ianya dapat menunjukkan posisi bayi dan plasenta.
  • Memeriksa bayi untuk menentukan yang semua organ telah membesar secara normal.
  • Mendiagnosis beberapa ketaknormalan, seperti spina bifida.
  • Menilai bendalir amnion yang ada dan menetapkan kedudukan plasenta.
  • Mengukur kadar pertumbuhan bayi dengan melakukan beberapa kali scan.


Best kan bila sesi checkup untuk scan baby, rasa tak sabar nak jumpa kan. Untuk lihat perkembangan bayi kita. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, kak wawa syorkan kepada anda untuk melakukan ultrasound scan diklinik swasta berbanding klinik kerajaan.

Ini kerana anda akan melihat dengan lebih jelas apabila klinik swasta menggunakan ultrasound scan 3D dan 4D.

Alhamdulillah, kini usia kandungan kak wawa sudah menjangkau 21 weeks. Kami bercadang untuk melakukan ultrasound scan ketika usia mencecah 28 weeks, insyaAllah. Waktu itu, kita juga boleh lihat samada bayi kita girl atau boy. hihi

Doakan kak wawa diberi kesihatan yang baik dan dimudahkan urusan hamil dan bersalin serta berpantang naa. Amin