Resepi Berbuka Puasa Masak Lemak Toge

Resepi Berbuka Puasa Masak Lemak Toge

Assalamualaikum wbt,

Sejak-sejak hamil ni, tekak dah rasa lain. Nak makan menu kampung je tapi masakan simple je la. Masak lemak laa, masak ikan singgang la, sambal belacan laa. Pelik betul kan. hihi

Tambahan pulak, wawa jadi bertambah rajin nak masak. Dulu jangan harap la, walau lapar pun memang malas nak masak. Maklumlah, duduk sorang je. Ok, hari ni wawa nak share respi mudah macam mana nak masak lemak sayur toge. Sayur ni boleh je ganti dengan sayur-sayur lain seperti baby corn, petola, sawi, kubis dan lain-lain.

Puasa ke3 lepas, wawa masak lauk lemak sayur toge campur dengan lobak merah. Best laa, makan pula dengan ayam goreng kunyit dan sambal belacan.

Resepi Berbuka Puasa Masak Lemak Toge

Bahan-bahan :
  • 1/2 bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 ekor ikan selayang / sardin direbus(letak garam sikit)*
  • Toge
  • Lobak merah
  • 1 kotak kecil santan
  • Garam
  • Gula
Cara-cara memasak :
  • Tumbuk kesemua bahan yang bertanda * separa lumat.
  • Masukkan lobak, toge, santan dalam periuk dan masukkan pula bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Masukkan garam dan gula. Kacau sehingga masak, jangan biarkan kuah mendidih tanpa dikacau kerana menjadikan kuah lemak anda berketul.
  • Siap, boleh dihidang.
Kredit picture google
Wawa tak sempat nak ambil gambar yang wawa masak, so kita guna google punya laa ye. 

2 comments:

Cik Puan Ena said...

Ena memang suka lauk kampung tapi masa preggy dulu tiba2 la selera bertukar nk western je.. jenuh suami melayan tekak ni sampaikan anak dah besar pon taknak makan nasi. Nk spageti, macaroni. Tak sangka bole pengaruh kt anak.hehe

Cik Tie said...

Sedap juga tu kak Wawa..tapi kalau ciktie lagi suka goreng hehe