Assalamualaikum wbt,

Jerawat seringkali menjadi musuh utama para remaja dan wanita. Jika kita tak nak, semakin ia datang dan tumbuh dengan jayanya. Kan? Pekbagai faktor yang menyebabkan jerawat boleh tumbuh subur di wajah. Tapi, anda seharusnya lebih peka dan menitik beratkan penjagaan wajah supaya dijauhi geng-geng jerawat.

Antara punca kulit mudah ditumbuhi jerawat adalah :
  • Kulit Berminyak
  • Kulit mengandungi Bakteria
  • Kulit kurang kelembapan
  • Kulit Kering
  • Liang Pori besar
  • Kulit tidak bersih


Ada tak cara atau tips mudah elak jerawat tumbuh di wajah? Ya, ada. Dibawah ni kak wawa listkan 14 tips mudah elak jerawat tumbuh yang ramai orang abaikan. Jika anda sudah mengetahui punca-punca yang menyebabkan kulit berjerawat, pastinya anda akan lebih mengetahui cara untuk elak kulit dari berjerawat.

Gambar dibawah menunjukkan punca ditumbuhi jerawat pada bahagian tertentu wajah.

Jerawat punca kulit berjerawat cara merawat jerawat cara mengatasi jerawat 10 Cara Menghilangkan Jerawat 14 TIPS MUDAH ELAK JERAWAT YANG RAMAI ORANG ABAIKAN. 6 Sebab Jerawat Tumbuh Pada Bahagian Tertentu Cara Mudah Atasi Jerawat Kronik  Pulihkan Muka Jerawat Dengan Set Jerawat Shaklee atasi masalah jerawat dengan cepat dan berkesan  Pemakanan betul elak jerawat  8 tips mudah elak jerawat tumbuh dengan subur dan ranum TIPS ELAK WAJAH KEMBALI BERJERAWAT Tips Elak Jerawat Tumbuh Di Muka


14 TIPS MUDAH ELAK JERAWAT YANG RAMAI ORANG ABAIKAN.

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.

3. Bersihkan wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.

4. CUCI wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

10. Lindungi kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai SKARF dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.

13. Dapatkan NASIHAT doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14. Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.

Kredit: Nur Amira

Jika wajah anda berjerawat, sila ikut tips mudah elak jerawat ini ya. Jerawat mudah tumbuh dan sukar untuk dihilangkan.

Setuju ke setuju? 

Sekali dia tumbuh, sampai bila-bila pun akan tumbuh. Nak hentikan pula mengambil masa bertahun-tahun, malah sampai dewasa juga sukar untuk hilang.

Tapi, bila kita menjaga pemakanan, kebersihan wajah, penggunaan skincare semulajadi dan sebagainya, insyaAllah tempoh untuk mengatasi masalah kulit berjerawat menjadi lebih cepat.