10 Sebab Kenapa Pilih Bisnes Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Ramai yang berminat untuk join bisnes shaklee, pada awalnya mereka bersemangat dan begitu aktif. Namun, pada pertengahan jalan, semangat itu semakin kendur. Apakah punca yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Sebenarnya, semangat naik turun dalam diri seseorang itu adalah perkara biasa. Untuk mengekalkan momentum semangat ini perlukan DRIVE ataupun BIG WHY yang tinggi. Apabila BIG WHY kita tinggi, cabaran momentum dalam bisnes kita dapat hadapi dengan mudah. Kenapa kita buat bisnes shaklee? Sebab ini perlu KUKUH. 

Dibawah ini kak wawa nak kongsikan point-point utama dari perkongsian Haji Roslan mengapa pilih buat bisnes shaklee. Dan ini perlu ditanya pada diri sendiri jika anda berminat untuk menjadikan bisnes shaklee sebagai bisnes life time anda.

Untuk pengetahuan semua, bisnes shaklee adalah bisnes life time, bisnes yang boleh diwarisi kepada anak cucu cicit kita. Dan ini telah terbukti di luar negara sudah 3-5 generasi telah membuat bisnes shaklee.

Untung kan? Jom kita dengarkan points yang dikongsikan oleh Master Haji Roslan.


10 Sebab Kenapa Pilih Bisnes Shaklee

1. KESIHATAN 

Isu kesihatan lelaki dan perempuan, kecil dan besar semua melalui masalah kesihatan. Gaya hidup yang kurang sihat menjadikan isu kesihatan sangat besar. Kenapa pilih shaklee? Sebab produk shaklee produk yang sangat-sangat bagus. Shaklee ada landmarks study dimana pengguna supplemen shaklee yang mengambil selama 20 tahun telah diuji melalui pengambilan darah. Hasilnya mereka lebih sihat dan nutrisi dalam darah paling baik berbanding pengguna supplemen lain.

Produk shaklee lebih selamat, always safe, always work, always green. Produk shaklee covers semua lapisan masyarakat.

2. TAMBAH PENDAPATAN

Shaklee menawarkan plan pemasaran yang lumayan, adil dan terbukti. Salah faham yang sering orang luar samakan seperti sistem piramid. Padahal, sistem shaklee sentiasa adil dimana siapa yang buat sales besar dia boleh potong upline. 

The bigger organisation you have, the more you get. Income korang boleh dapat infiniti, ada dikalangan kami mendapat income melebihi 6 angka. Bisnes yang memberi konsisten income kepada pengedar shaklee tanpa fail. Setiap 14-15 haribulan setiap bulan, kita pasti masuk ke akaun.

Kemelut yang dilalui oleh anak-anak muda yang tinggal bandar hari ini, mengalami defisit yang tinggi di mana perbelanjaan melebihi pendapatan. Ada dikalangan anak-anak muda hari ini terpaksa meminta wang dari mak ayah untuk membayar deposit rumah, deposit kereta dan ada juga terpaksa menebal muka minta duit dari kawan-kawan kerana tidak cukup duit apabila hujung bulan.

Adakah keadaan ini sering berlaku pada anda? Jika ya, kak wawa seru supaya berubah dengan memulakan bisnes bersama shaklee. Bisnes yang sangat muda dan tidak memerlukan modal yang besar. Cuma, perlukan komitmen yang tinggi dan semangat untuk berusaha dan berjaya tanpa henti.

3. KELUARGA 

Apakah kita rancang masa depan anak-anak di masa akan datang? Adakah anda sudah bersedia apabila suami diberhentikan kerja dengan tiba-tiba? Cuba fikirkan.

4. PILIH SYARIKAT YANG KUKUH

Sejarah syarikat shaklee sangat mantap. Syarikat gergasi yang sudah menjadikan 3 generasi sudah mewariskan kepada anak cucu mereka. Pastikan syarikat yang jelas dan kukuh dan menjamin masa depan.

5. KAJIAN LANDMARK STUDY

Syarikat yang memiliki kajian landmark study. Bukan hanya bagus di mulut, tetapi ada ujian kukuh yang dijalankan oleh pengguna shaklee selama 20 tahun dan ke atas.

6. BINA LEGASI

Kita nak bina legasi, kerana syarikat shaklee memberi peluang kepada kita untuk membina legasi sehingga ke beberapa generasi dibawah-bawah kita. Seperti point no 3. Bisnes shaklee adalah bisnes kita, kita buat banyak maka banyak kita dapat. Untuk masa depan keluarga kita.

7. NIAT MEMBANTU ORANG / LADANG PAHALA

Kita buat shaklee untuk bantu lebih ramai orang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Ada orang tak nak duit, tak nak car, tak nak conference, niat kita buat bisnes untuk buat kebajikan dan membantu orang lain. KIta boleh kumpul harta akhirat.

8. JADIKAN HADIAH UNTUK ORANG TERSAYANG SUAMI / ISTERI /IBUBAPA

Ada master bagi 4 tiket percuma pergi umrah kepada orang tua mereka. Fikirkan untuk orang lain, suami, anak2, mak ayah, keluarga, jiran tetangga, luar negara dan lain-lain. HADIAH SEBUAH KEHIDUPAN UNTUK SAHABAT2 kita.

9. PROVEN BISNES

Shaklee sangat penting untuk kita, bukan kita diperlukan shaklee. Siapa yang mengambil peluang untuk buat bisnes shaklee, anda seorang yang hebat dan jelas dengan masa depan. Bak kata Haji Roslan sebelum ini, adakah terjamin masa depan kita dan anak-anak kita selepas kita berhenti kerja? Inilah bisnes yang anda perlu buat kerana ia untuk keluarga kita.

10. POTENSI ANDA DIBAYAR OLEH SHAKLEE

Kalau anda kerja dengan orang, kalau orang tak suka kat anda pasti dia buang kita bila-bila masa. Pasti tak nampak apa yang kita buat. Berbeza dengan shaklee, kita dibayar setiap bulan tanpa gagal. Bila kita kerja kuat, pasti kita dibayar lebih tanpa mengira siapa anda.

Ok, 10 sahaja point yang kak wawa share dari Master Haji Roslan. Teruskan dengar kerana ada beberapa tips lain untuk grow kita punya bisnes.

Amalkan surah Al-Ikhlas 100 kali dan ayat ini ya.

Bisnes shaklee, tips bisnes shaklee, 10 Sebab Kenapa Pilih Bisnes Shaklee bisnes legasi, Shaklee bisnes yang kukuh Shaklee bantu bina legasi  shaklee bisnes untuk bantu orang lain doa murah rezeki


Semoga Berjaya.

2 comments:

Azah Rahaman said...

moga berjaya dalam bisnes kak wawa :D

Farahain ZFA said...


ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-