9 Punca Mulut Berbau Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum wbt,

Mulut berbau punca hilang kawan. Sorang demi seorang kian menjauh. Ingin sampaikan takut terkecil hati, jadinya menjauhkan diri lebih baik kerana menggangu konsentrasi. 

Inilah realiti yang dilalui oleh orang-orang yang mulut jenis berbau. Mungkin ramai yang perasan diri mengalami dan berikhtiar untuk atasi masalah ini. Ada juga yang jenis terbiasa sehinggakan tiada bau apa-apa pada dirinya. Sedangkan orang lain sering menahan nafas bila berada disekelilingnya.



“’Tension’nya asyik kena gosok gigi setiap 2-3 jam sekali. Apalah punca mulut berbau agaknya, malu nak tanya dengan kawan-kawan. Ok, lunch break ni harus pergi farmasi, cari listerine. Bagi wangi sikit mulut ni.”

Sakit hati dan segan nak bercakap dengan orang sebelah-menyebelah bila jadi macam ni. Kalau mulut berbau di awal pagi itu memanglah normal. Tapi, ini tidak. Nafas masih cepat berbau sepanjang hari walaupun rajin membersihkan mulut.

Tahukah apa puncanya mulut berbau meskipun sudah berkali-kali berus gigi? Punca mulut berbau.

RUPANYA INI 9 PUNCA MULUT BERBAU, WALAUPUN RAJIN BERUS GIGI

1. KAFEIN
Elak kopi sebelum tidur. Begitu juga makanan pedas atau merokok kerana ia menyebabkan mulut kering sewaktu tidur dan menjadikan mulut busuk. Minum kopi semasa hamil

2. TIDAK BERUS LIDAH
Permukaan lidah menyimpan banyak bakteria. Bersihkan lidah dengan berus gigi atau tongue scraper. punca mulut berbau boleh gunakan berus gigi atau ‘tongue scraper’ seperti dalam gambar ini.

3. MAKAN BANYAK PROTEIN
Apabila makan banyak protein, kompaun dipanggil kerotene akan terhasil sewaktu proses pembakaran lemak untuk menghasilkan tenaga. Kerotene ini membuatkan mulut berbau. Jauhi burger dan daging proses yang lain

4. MASALAH KESIHATAN
Demam dan selesema boleh menyebabkan mulut berbau. Ini disebabkan oleh bakteria memakan cairan selesema dan menghasilkan bau busuk. Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan nafas berbau kerana mulut cepat kering.

5. ULSER MULUT & SAKIT GUSI
Bakteria Helicobacter pylori penyebab ulser ini menyebabkan mulut berbau. Ambil antibodi yang sesuai untuk membunuh bakteria ini. Selain ulser, ia juga disebabkan oleh sakit gusi. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:
  • Gusi bengkak atau bernanah
  • Gusi yang senang berdarah
  • Gigi bergoyang
  • Gigi sensitif
  • Sakit pada gigi semasa mengunyah
  • Terdapat karang gigi.


Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda. Penyebab sakit gigi dan gigi sensitif salah satu punca mulut

6. TONSIL
Tonsil pada tekak juga menyebabkan mulut berbau. Kumur dengan air garam untuk membuang bakteria yang melekat pada tonsil. hilangkan sakit tekak

7. MAKANAN BERGULA
Bakteria dalam mulut memang suka makanan tinggi gula seperti snek dan manisan. Selain itu, biasanya buah-buahan kering juga senang terlekat pada gigi sehingga menjadi punca mulut berbau. Kenalah kurangkan makan makanan ini. Elakkan makanan dan minuman bergula. Elakkan makanan dan minuman bergula

8. MASALAH PEDIH ULU HATI
Gastrik atau ‘angin’ dalam perut boleh menyebabkan penyakit pedih ulu hati. Penyakit ini menyebabkan mulut mudah berbau. Dapatkan rawatan daripada doktor untuk atasi masalah ini.

9. GIGI BERLUBANG
Sisa makanan berkumpul dalam lubang gigi. Secara tak langsung, bakteria juga berkumpul dalam lubang ini sehingga menyebabkan gigi rosak dan nafas berbau. Lubang yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.

BANTERAS PUNCA MULUT BERBAU DARI AKAR UMBI

Berjumpalah dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan paling kurang setahun sekali. Ini kerana doktor gigi boleh mengesan masalah kerosakan gigi atau gusi yang menjadi punca mulut berbau. Maka, dapatlah anda mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

Selalunya, anda tidak hanya akan menyedari masalah pada gigi apabila ia telah berasa sakit. Pada tahap ini, kerosakan atau penyakit gusi telah menjadi serius.

Kita juga perlu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang betul, supaya dapat menghindarkan diri daripada masalah ini. Berus gigi sahaja tidak mencukupi untuk menghilangkan mulut berbau.

Kredit : Sirap Limau

Tahukah anda, bahwa Alfalfa shaklee mampu membantu anda keluar dari kemelut masalah mulut berbau. 

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

paling basic gigi n lidah tu tolongla jangan skip.. jangan lupa berus. kesian orang sebelah depan kiri kanan hehehe =P