TB Penyakit Membahayakan Orang Sekeliling

Assalamualaikum wbt,
 
Hari ini tersebar kisah yang didedahkan oleh Pakar Kesihatan Dr Zubaidi Haji Ahmad dengan pengalaman beliau berhadapan dengan pesakit TB yang mana rata-rata dari warga asing.
 
Sedar akan hal ini, berapa ramai warga asing yang masuk ke negara kita bekerja dan mengalami penyakit ini namun diluluskan oleh medical dieorang bekerja di negara kita.
 
Banyak isu dan untuk mengulas lanjut juga mungkin makan hari. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat dan informasi tentang penyakit ini, supaya kita dan keluarga lebih berhati-hati.
 
Apakah Penyakit Tibi
Kredit image : slideshare.net
 
Apa sebenarnya Penyakit TB (Tuberkulosis)?
 
TB (Tuberkulosis) ataupun batuk kering adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Bakteria ini sering menyerang bahagian paru-paru, tetapi kadang-kala ia juga boleh menyerang bahagian otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, kelenjar adrenal dan bahagian usus manusia.

Bagaimanakah TB boleh dijangkiti?

Anda boleh dijangkiti penyakit TB melalui titisan air di udara (‘airborne droplets’) yang dicemari kuman TB. Pesakit TB boleh menyebarkan kuman TB melalui titisan air di udara apabila mereka batuk atau bersin. Kemungkinan anda dijangkiti penyakit TB bergantung kepada tahap daya ketahanan tubuh masing-masing. Jika anda mempunyai daya ketahanan tubuh yang rendah, anda berkemungkinan lebih tinggi untuk dijangkiti penyakit TB.
Bagaimana anda dijangkiti TB, iaitu :
  • Melalui bersin atau batuk.
  • Imuniti badan rendah.


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan TB?
  1. Bayi, kanak-kanak, dan golongan tua.
  2. Pesakit yang menghidap penyakit yang boleh mengurangkan daya ketahanan badan seperti penghidap penyakit HIV, pesakit kencing manis, pesakit buah pinggang tahap akhir (end stage renal failure) atau pesakit penyakit kanser.
  3. Pesakit yang mengambil rawatan steroid atau rawatan yang menrendahkan tahap daya ketahan badan seperti pesakit yang telah menjalankan pemindahan organ, pesakit Systematic Lupus Erythemotosus SLE/rheumatoid, Crohn’s, Ulcerative Colitis, psoriasis dan sebagainya.
  4. Pesakit yang sedang mengambil rawatan kemoterapi.

Apakah kesan apabila dijangkiti TB?
Apabila dijangkiti TB, ia boleh menyebabkan:
  • Kerosakan pada struktur tisu paru-paru sehingga ia menjadi keras (fibrosis).
  • Pembentukan nanah dalam paru-paru.
  • Paru-paru berair
Jika tidak dirawat, kerosakan ini akan menjadi kekal dan melarat sehingga menyebabkan paru-paru berlubang (‘cavitating lesions’) atau ‘bronchiectatic’. Apabila sampai ke tahap kerosakan yang kekal, pesakit akan mengalami kesukaran bernafas. Kadang-kala walaupun rawatan telah dimulakan, kerosakan paru-paru itu tidak akan dapat dibaiki semula.

Oleh sebab itu, ia amatlah penting bagi kita untuk mengesan penyakit TB dari peringkat awal jangkitan. Jika penyakit TB dikesan dari peringkat awal, kebanyakan pesakit mempunyai reaksi yang baik kepada rawatan. Malah, selepas 2 minggu rawatan TB, kebanyakan mereka tidak lagi mampu menyebarkan kuman TB ini kepada individu lain.
 
Apakah Tanda-tanda Penyakit TB?
Antara tanda-tanda jangkitan TB adalah:
  • Batuk berpanjangan
  • Batuk berdarah
  • Sakit dada semasa bernafas
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Demam berpanjangan
  • Kurang selera makan
  • Pengurangan berat badan yang mendadak
  • Berpeluh malam

Bagaimanakah doktor mengesahkan penyakit TB paru-paru?
 
Biasanya doktor akan mengambil sampel kahak pesakit TB dan calit pada slaid kaca (smear) dan melihat menggunakan mikroskop.
 
Sebelum ini, saya juga mengalami batuk yang berpanjangan sehingga lebih sebulan lamanya. Walaupun beberapa kali pergi klinik, doktor masih belum sahkan TB, cuma suspek tu ada. Dr nasihatkan wawa pergi jumpa pakar tapi wawa tak pergi pun. Just ikhtiar dengan supplemen shaklee. Alhamdulillah, lepas beberapa hari batuk makin reda.
 
Dan wawa suspek sebab bulu kucing dan bau kucing yang housemate pelihara. Baunya ya Allah Tuhan saja yang tahu, dan tak bersih. Lepas kucing tu letak kat luar, batuk wawa dah makin ok.
 
Jadi uols, batuk lama juga tidak menjadikan kita TB jika kita tidak dikelilingi oleh pesakit TB. Namun, kemungkinan juga disebabkan oleh persekitaran, alergik dan sebagainya.
 
Untuk info lanjut, uols boleh baca di SINI juga ye. Tentang penyakit TB.
 
Jika saya mengidap penyakt TB, apa yang perlu saya buat? 
 
Ini soalan biasa yang kita dengar dari pesakit TB. Apa yang perlu dilakukan?
  1. Anda perlu berjumpa dengan doktor. Pastikan dulu tahap kesihatan dan penyakit TB yang di alami.
  2. Dengar nasihat doktor dan ikuti apa yang disuruh.
  3. Ikhtiar dengan supplemen kesihatan dari produk shaklee.
Apakah produk yang dapat bantu hilangkan TB?
 
Dibawah ini wawa sertakan dulu testimoni dari pesakit TB yang ikhtiar dengan produk shaklee iaitu:
1. Ikhtiar dengan Vivix. Boleh baca kisahnya di SINI.
2. Ikhtiar dengan Omega guard. Boleh baca kisahnya di SINI.
 
Nantikan entry seterusnya dengan vitamin untuk pesakit TB.
 
Terima kasih kerana sudi membaca disini.😘






SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

2 comments:

aima hassan said...

TB memang berleluasa sekarang ni. Kadang orang tu tak tahu pun dia ada TB sebab tak pergi saring, end up silently spread the disease pada orang lain

Nur Azian Jaafar said...

good sharing ! dah lma tak baca bab ni.. dlu hafal..hahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...