Assalamualaikum wbt,


Hari isnin dah sinonim ke dengan monday blues? Alhamdulillah, semangat kak wawa masih lagi pada tahap yang memberangsangkan. Cuma dalam hati berkata, "Ya Allah, bestnya duduk kat rumah lama-lama." Boleh layan bisnes dan ajar online seller yang berminat buat blog. Doakan kak wawa dapat kerja dari rumah ye satu hari nanti. Kak wawa wish tahun ni juga, nak retire awal. Amin, insyaAllah.


Uols ada planning nak retire awal tak? Ke masih rajin dan aktif untuk menjadi penjawat awam dan swasta sampai pencen umur 50-60 tahun? Takpe, itu semuakan rezeki dan kehendak masing-masing kan. Ada orang suka bekerja, hidupnya suka sangat pergi kerja. Ia boleh buat dirinya gembira, tenang dan bahagia. Ada orang lebih suka duduk dirumah, menguruskan rumahtangga, anak-anak, suami dan buat bisnes hanya dari rumah.

Walau apa pun pilihan kita, pastikan ia berlandaskan dengan keredhaan Allah swt. Itu yang paling penting. Bila Allah redha, kita duduk di mana pun insyaAllah tenang dan bahagia. Kan?