CARA PALING MUDAH KENAL SUSU FORMULA TIRUAN

Assalamualaikum wbt,

Setelah kecoh rampasan KPDNKK terhadap susu formula tiruan khamis lalu, pihak Mead Johnson telah tampil dengan kenyataan rasmi di facebook.

Boleh juga anda baca di SINI.


Dalam kenyataan di Facebook rasmi, Mead Johnson berkata cara paling mudah untuk mengesan produk tiruan adalah dengan memeriksa bungkusan kerajang aluminium susu berkenaan.


CARA KENAL PASTI SUSU FORMULA TIRUAN

Susu Enfalac A+ Langkah 1 yang asli mempunyai bungkusan sedikit kembung. Manakala susu tiruan mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian bungkusan, katanya.


Dalam kenyataan itu juga, Mead Johnson memberitahu bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan polis menyiasat laporan susu formula palsu jenamanya di Johor Bahru.


Setakat ini, hanya satu produk yang terlibat iaitu Enfalac A+ Langkah 1 dalam kotak 1.8 kilogram dengan tiga pek foil dalam setiap kotak.

Carian runcit kami yang dijalankan minggu lalu mendapati sebilangan kecil produk berada di sekitar kedai runcit di Skudai, Johor Bahru iaitu di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari.

Carian pasaran kami juga mengesahkan tiada produk lain yang disyaki terlibat dalam kawasan tersebut, katanya.

Setakat ini, kata kenyataan itu hanya 210 kotak susu tiruan yang dikeluarkan oleh kedai-kedai yang terlibat, namun siasatan masih berjalan ke atas isu ini.

Mead Johnson juga menggesa pengguna yang terbeli Enfalac A + Langkah 1 dengan lipatan palsu untuk segera menghubungi Mead Johnson di 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam).
Sumber - Astro Awani

2 comments:

Anonymous said...

nk check mcm ni tak praktikal. kena kluar duit dan beli dulu 🤣

Warisan Petani said...

Panduan kepada pengguna supaya tidak tertipu beli barangan tiruan