Assalamualaikum wbt,

Semua isteri-isteri atas dunia ni, ingin menjadi seorang isteri yang baik. Namun, syaitan ada di mana-mana kan. Dia tak pernah serik untuk menggoda.

Waima, Hawa as dan Nabi Adam as dulu juga dikeluarkan dari syurga kerana syaitan kan. Kejayaan syaitan menghasut Hawa supaya menyuruh Nabi Adam as memakan buah yang dilarang Allah swt dalam syurga. Sehingga Nabi Adam as juga tewas. Jahatnya syaitan.
Ini Nabi, apatah lagi kita manusia biasa yang amalan dan iman senipis kulit bawang. Kita cuba untuk menjadi isteri yang baik dan solehah.


Namun, syaitan memang betul-betul jahat. “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata.” 
[Al-Baqarah :208]

————

Kita tak mampu nak lari dari hasutan dan godaan syaitan, begitu juga wawa. Malam tadi, wawa ajak suami keluar tapi suami ada kekangan. Kami kan berjauhan. Boleh pula wawa merajuk, tetiba terfikir kenapa benda yang sekecil itu pun boleh jadi merajuk? Apa sebenarnya yang ada kat kepala aku ni.
Padahal small matter je kan. Tapi itulah, kalau dah nama syaitan dia akan cucuk hati kita supaya rasa tak puas hati.

Kita cuba jadi isteri yang baik dan menurut perintah, tapi sekecil ini pun boleh kecundang. Macam mana tu?😄

Jom kita lawan hasutan syaitan ni, supaya kita jadi orang yang redha dalam semua hal. Kecil ke besar ke, kita redha. Semua kejadian waima kedip mata pun semua Allah yang aturkan. Takkan nak keluar tak jadi boleh merajuk. Betul ke betul?

Boleh jadi hikmahnya Allah nak jaga kita dan suami dari musibah yang kita tak tahu pun apa jadi kat depan. Kan?

Jadi, lepas fikir macam ni jadi lega dan rasa bersalah terus dengan suami. Semoga Allah lindungi hati kita dari godaan syaitan yang jahat itu.

Lindungi kami ya Allah dari hasutan syaitan setiap masa. Amin