Manfaat Push Up Untuk Kesihatan Badan

Assalamualaikum wbt,

Menjalani kehidupan yang sihat menjadi dambaan setiap individu yang inginkan kesihatan yang baik. Selain menjaga pemakanan diet yang seimbang, kita perlu membalancekan dengan mengamalkan aktiviti harian yang sihat. Namun, kekangan masa dan kesibukan dengan kerja seharian melimitkan aktiviti sihat kan?

Ada cara paling mudah untuk kekalkan kesihatan ditahap optimum walau dimana saja anda berada. Nak tahu tak? Push up merupakan aktiviti paling mudah untuk anda lakukan.

While the push-up primarily targets the muscles of the chest, arms, and shoulders, support required from other muscles results in a wider range of muscles integrated into the exercise. (sumber wikipidea)

Manfaat Push-Up

Gambar google



1. Mencegah Sakit Pinggang
Bekerja dengan duduk terlalu lama dapat menyebabkan sakit pinggang dan sengal-sengal di sekitar punggung. Dengan melakukan push-up secara teratur, dapat membantu menstabilkan pergerakan tubuh. Hal ini pada akhirnya akan membantu menurunkan tekanan di bahagian belakang tubuh dan juga memperkuat punggung bahagian bawah.

2. Mengurangkan Risiko Osteoporosis
Seiring bertambahnya usia, kekuatan tulang akan mulai merosot dan menjadi lemah. Dalam hal ini, melakukan sedikit latihan push-up dapat membantu mengurangi risiko osteoporosis dan juga memperkuat tulang.

3. Membantu Meningkatkan Postur Tubuh
Push-up secara teratur juga dapat membantu memperbaiki postur tubuh. Bila Anda melakukan push-up dengan cara yang betul dan menjalankannya dengan teratur pula, maka manfaatnya akan membantu memperkuat otot dan juga postur tubuh.

4. Menurunkan dan Menjaga Berat Badan Ideal
Bukan hanya diet saja yang baik bagi seseorang untuk menurunkan berat badan. Selain dengan diet sihat, latihan juga sangat penting. Jika Anda memikiki tubuh besar dan ingin sedikit lebih kurus, maka lakukanlah push-up secara teratur setiap hari.

5. Meningkatkan Energi 
Bila Anda merasa kehilangan semangat dan energi, melakukan push-up cepat dapat membantu memberikan energi tambahan segera. Push-up membantu meningkatkan kitaran darah, membuat tubuh jadi lebih hangat, dan membuat otak bekerja lebih efisien.
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

2 comments:

Noor Maizan said...

Push up mai masih tak lepas lagi...adehh..berat sungguh rasa badan, tak terangkat.

Cik Tie said...

Dah lama tak buat..last buat hari tu pun dah semput huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...