Assalamualaikum wbt,

Hidup seharian kita dikelilingi dengan orang -orang lelaki seperti ayah, suami, adik beradik lelaki, anak-anak lelaki, ipar duai lelaki, sahabat-sahabat ofis lelaki dan semua lelaki yang ada disekeliling kita. Pada zahirnya, kita mungkin tak perasan bahawa lelaki juga menginginkan kesihatan yang baik dan menjaga kesihatan seperti mana kita wanita yang sangat menitik beratkan kesihatan dan kecergasan tubuh.

Bagi seorang lelaki, kecergasa dan kesihatan yang baik menjadi keperluan yang patut dititik beratkan lebih dari wanita, kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar menjaga keluarga. Bagaimana jika seorang suami mahupun ayah ditimpa sakit? Pasti mereka menjadi lebih runsing memikirkan isteri dan anak-anak yang perlu dijaga dan diberi makan. Kerja juga tergendala. Kan?

Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin di capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tenaga untuk kesejahteraan fizikal dan mental. Dibawah ini adalah perkara-perkara yang boleh anda lakukan hari demi hari!

10 CARA TINGKATKAN KECERGASAN BADAN BAGI LELAKI

10 CARA MENINGKATKAN KECERGASAN UNTUK LELAKI 10 CARA TINGKATKAN KECERGASAN BADAN BAGI LELAKI Cara Untuk Meningkatkan Kecergasa Images for CARA MENINGKATKAN KECERGASAN 10 cara untuk meningkatkan kecergasan bagi lelaki  Kesihatan & Kecergasan Lelaki set kesihatan lelaki



1. Tingkatkan pengambilan protein

Protein membekalkan:
•          Tenaga dan stamina yang berkekalan.
•          Memastikan anda berasa lebih kenyang di antara waktu makan.
•          Membina dan mengekalkan jisim otot anda.
Pilihan untuk protein yang sihat seperti daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, kacang dan protein soya berasaskan tumbuhan.

2. Makan multivitamin setiap hari

Dengan gaya hidup yang sibuk dan kurangnya tabiat pemakanan yang sihat, anda mungkin terlepas banyak nutrien penting. Multivitamin boleh membantu untuk:
•          Mengisi jurang pemakanan anda.
•          Meningkatkan penghasilan tenaga.
•          Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

3. Sentiasa bersama Vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang hebat untuk:
•          Menyokong kesihatan imun anda.
•          Membantu pembaikan tisu.
•          Melindungi sel-sel anda daripada radikal bebas.
•          Meningkatkan kesihatan sperma & peluang untuk persenyawaan.

4. Ambil dos harian Omega 3

Omega-3 terbukti berupaya untuk:
•          Mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida.
•          Merendahkan risiko penyakit jantung.
•          Membantu meningkatkan fungsi kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman mental.
•          Menjadi agen anti-keradangan yang baik.
•          Menggalakkan sendi yang kuat.

10 CARA MENINGKATKAN KECERGASAN UNTUK LELAKI 10 CARA TINGKATKAN KECERGASAN BADAN BAGI LELAKI Cara Untuk Meningkatkan Kecergasa Images for CARA MENINGKATKAN KECERGASAN 10 cara untuk meningkatkan kecergasan bagi lelaki  Kesihatan & Kecergasan Lelaki set kesihatan lelaki

5. Kekal bertenaga dengan B-Kompleks

Vitamin B:
•          Menggalakkan pengeluaran tenaga badan anda.
•          Menambahbaik prestasi dan ketahanan otot.
•          Memperbaiki memori dan tindak balas anda.
•          Meningkatkan mood6 dan kesihatan kogniti.

6. Lakukan yang terbaik dengan Vitamin E

•          Membantu memusnahkan radikal bebas untuk memastikan sel-sel sihat.
•          Meningkatkan keanjalan saluran darah untuk menggalakkan peredaran yang sihat.
•          Selenium membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma.

7. Dapatkan perlindungan dengan Polifenol
Jadikan Polifenol sebagai jalan kepada kehidupan yang lebih bertenaga! Ianya:
•          Memastikan anda bertenaga dengan mengecas sel badan untuk prestasi terhebat.
•          Antioksidan hebat dengan sifat anti-radang.
•          Menggalakkan peredaran darah yang sihat.

8. Tinggalkan tabiat itu

Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya dan tingkatkan prestasi kelelakian anda. Tambahan lagi, anda akan kelihatan lebih muda, bau lebih menyenangkan, dan pastinya lebihan wang tambahan di dalam poket anda.

9. Teruskan berusaha

Bersenam:
•          Menggalakkan peredaran darah yang sihat, menjadikan anda sihat dan kuat!
•          Membantu badan merembeskan endorphin yang membuatkan anda bahagia.

10. Makan dan kekal cergas

Nutrien adalah sumber tenaga untuk otak dan ia berhubung rapat dengan kesihatan mental serta emosi anda. Untuk kesihatan secara keseluruhan, tingkatkan pengambilan untuk:
•          Buah-buahan dan sayur-sayuran.
•          Karbohidrat yang tidak ditapis.
•          Lemak yang sihat.
•          Protein tanpa lemak.
•          Makanan yang rendah indeks glisemik (GI).
•          Serat.

Sayangilah suami, ayah, adik beradik, anak-anak lelaki kita supaya mereka sentiasa sihat walafiat sentiasa.")