Masalah Keputihan Dan Cara Atasi Secara Alami

Assalamualaikum wbt,

Masalah Keputihan merupakan masalah yang sering berlaku dan dialami oleh hampir kesemua wanita. Ada yang menghadapi masalah keputihan biasa dan ada juga menghadapi masalah keputihan yang agak teruk. Ia bukan sahaja dialami oleh wanita yang sudah berkahwin tetapi juga turut dialami oleh wanita bujang. 

Pernah tak alami masalah keputihan? Ada sesetengah perempuan tidak mengalami masalah ini, namun bagi yang mengalami amat meresahkan. Ia boleh mengganggu pergerakan harian kita dan juga dalam hubungan intim bersama suami.

Bagi wanita hamil, jika mengalami keputihan dinasihatkan untuk dapatkan nasihat doktor. 
Keputihan ialah masalah di mana cairan keputihan keluar daripada faraj wanita. Tanda masalah keputihan itu agak teruk ialah apabila berasa gatal, berbau, berlaku radang pada faraj atau pedih, tidak selesa dan sakit semasa hubungan intim bagi yang sudah berkahwin, keputihan keluar dengan sangat banyak, pekat seperti keju dan berwarna kehijauan.

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Lendir tersebut keluar dengan membawa sel-sel mati dari dinding rahim (serviks) dan vagina, serta bakteri dan juga mikroorganisme.
Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid. Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya. Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.
Wawa kongsikan cara macam mana untuk atasi masalah keputihan secara alami. Semuanya boleh diambil dari belakang rumah sahaja. Bagi yang tinggal di kampung, bahan-bahan ini mudah sahaja didapati. 
Cara Pertama

1.Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2.Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3.Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4.Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5.Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6.Minum air tersebut 2 kali sehari.
7.Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara Kedua

1.Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3.Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4.Tapislah air tersbut.
5.Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6.Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Perhatian:Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.
Nantikan post seterusnya, atasi masalah keputihan dengan Alfalfa Complex.
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

1 comments:

Sheila Adziz said...

memang masalah wanita ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...