How Amazing Pakistan Iron Lady Muniba Mazari

Assalamualaikum wbt,

Dua tiga hari ni wawa disajikan dengan video Iron Lady from Pakistan. Cantik, berkaliber, manis, Berjiwa besar, positif yang tahap tinggi. First time watching her video, wawa terpesona, terpaku.

Dari seorang gadis normal, terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan beliau lumpuh tidak boleh berjalan. Hanya menggunakan kerusi roda untuk bantu pergerakan seharian. Disahkan pula tidak boleh hamil. 

Ya Allah, hebat dia ni. Dari yang biasa-biasa, kini jadi luar biasa.

Namun, tidak sedikit pun mematahkan semangat Muniba Mazuri untuk hidup bahagia, berjaya dan positif. Kini, menjadi role model kepada Masyarakat dunia. Semuanya bermula dari hati.

Bila hati kita redha, kita akan lalui setiap moment kehidupan kita dengan rasa senang hati, bahagia dan sentiasa bersangka baik. 

Setiap apa yang terjadi betul Allah dah tentukan. Kita tak boleh biarkan hidup kita terus dalam kedukaan.

Allah uji, ya kita terima dan redha. Jalani hidup dengan penuh bahagia. Apa yang wawa belajar dari Iron Lady ini, BERSYUKUR & hiduplah dengan gembira. Walau apa keadaan kita sekalipun, bila kita terima diri kita dengan rasa bahagia, PASTI orang di luar sana lebih rasa bahagia.

Allah kata, jika kamu bersyukur, Aku tambah lagi nikmat kepada mu.
Semoga Allah merahmati kami sekalian.
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

1 comments:

Azhafizah Md Nor said...

Kagum juga. Setiap yang berlaku ada hikmahnya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...