Doa Ketika Cuaca Panas

Assalamualaikum wbt,

Kajian cuaca melaporkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Dikawasan wawa tinggal sekarang, sangat-sangat terasa bahang kepanasan bila berada diluar pejabat. Jika tak makan vitamin e, kulit boleh cepat terbakar atau sunburn. 

Jadi wawa kongsikan atau panjangkan perkongsian dari sahabar wawa, semoga bermanfaat.

*Doa Ketika Cuaca Panas*

Cuaca di tanah air kita Malaysia semakin tidak menentu, panasnya membahang sehingga ke malam.
Keluhan demi keluhan yang diungkapkan oleh bibir tidak mampu memberi sebarang kebaikkan.

Adalah lebih baik setiap keluhan yang sia-sia digantikan dengan doa dan munajat kepada Allah.

Terdapat Athar yang telah sampai kepada kita mengenai bacaan doa ketika menghadapi cuaca panas

*لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ*

(Lailaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni min Harri Jahannam )

Maksudnya :

*Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu*

Semoga keluhan yang bermain dibibir kita digantikan dengan doa dan munajat kepada Allah.

Khadimakum : Zulhafizi Salim AlRifā'i
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

2 comments:

Ana Suhana said...

InsyAllah Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan. Amin.

Maisarah Humaira said...

terima kasih perkongsian doa ni ;)

www.maisarahsidi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...