Assalamualaikum wbt,

Semalam kami ada sharing tentang cara atasi badan letih, lesu dan kurang bermaya dengan mengamalkan nutrisi. 

Hari ni, wawa nak share macam mana nak hilang letih tapi kurang rajin nak makan supplemen? Boleh, cuma ia akan ambil masa dan belum tentu uols mampu follow kan. Tapi takpe, uols boleh baca sampai habis naa.

Cara Atasi Keletihan & Kelesuan Badan

  •  Pemakanan yang sihat
  • Tidur yang mencukupi
  • Ubah tabiat pemakanan anda (makanan proses kepada makanan segar/semulajadi).
  • Jangan skip/tinggalkan sarapan pagi. Lebih baik bersarapan dari sumber protein dan karbohidrat kompleks bagi memberikan rasa kenyang dan tenaga lebih lama seperti bijirin dan sandwich telur.
  • Minum air yang mencukupi dengan keperluan tubuh badan anda.
  • Hadkan pengambilan kafein. Pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak terutama selepas petang atau malam akan menganggu kualiti tidur anda.
  • Berhenti merokok
  • Air limau nipis diperah dan dibuat mandian untuk kesegaran badan.
  • Pengambilan suplemen bagi menyokong dan menampung keperluan nutrient anda.
  • Relaks minda dan positif
  • Berdoa kepada Allah SWT supaya dilapangkan dan diperbaiki kehidupan kita sebagai seorang suami/isteri, ibu/bapa, anak, pelajar dan pekerja.
Wawa ambil tips ni dari Rissa Garden, uols boleh amalkan tau.