Perjalanan Hidup Kita Masih Panjang

Assalamualaikum wbt,


Kita ni ada Allah, mengapa masih mencari yang lain untuk kita bawa dalam hidup kita?

Seriau bila baca kisah sahabat-sahabat yang diganggu dan terganggu dengan perkara-perkara halus.

Bila diteliti semuanya bermula dari diri kita sendiri. Benda tak elok takkan datang, bila kita jaga Allah. Pernah kan baca, "Jaga Allah dan Allah akan jaga kamu".

Hiduplah dijalan Alquran dan sunnah, Nabi Muhammad saw dah tinggalkan kita 2 ni untuk kita bawa sepanjang perjalanan hidup kita.

Tak perlu pun belajar perkara-perkara yang boleh mendatangkan syirik pada Allah. Banyakkan sekarang ni, kira birthday dan tahu orang tu kaya atau tidak. Beli no sekian2, sebab no tu untuk kelayaan dan sebagainya.

Walaupun mende tu kita kata bukan percaya, tapi sebenarnya dalam lubuk hati kita juga akan ada rasa yakin dengan hal tersebut. Betul dak?

Tak payahlah, kita nak kaya kita banyak baca Al-Quran, banyakkan sedekah, banyakkan zikir dan banyakkan doa serta jangan lupa untuk usaha dan tawakkal naa.

Wallahua'lam.
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...