Jam Berapa Anda Bangun Pagi?

Assalamualaikum wbt,

Selamat pagi semua, semoga Allah limpahkan kurnia pada semua yang sudi baca dan singgah di blog wawa ini.

Wawa nak tanya ni, biasanya uols bangun jam berapa setiap hari? Wawa sejak-sejak bekerja di Johor ni kan, waktu pagi wawa adalah dalam jam 4-4.30 pagi. Kalau takut, bangunlah jam 4.30 pagi.

Apa aktiviti pagi uols? Bagi yang ada anak2 tu, haa jam berapa uols bangun nak uruskan anak-anak dan diri sendiri bersiap nak pergi kerja. Bagi surirumah, mungkin tak ada rushing sangat kan. Bagi yang berkerja, mungkin agak kalut kalau bangun lambat. Tambah-tambah, tempat kerja kita tu jem.

Betul dak? Wawa yang masih belum punya baby lagi ni, bangun awal pun just urus diri sendiri je. Nak solat ke, nak study ke, banyak juga waktu sebenarnya.

Tapi kan, sejak2 duk sini walau bangun jam 4.30 pagi pun rasa tak cukup. Mana nak solat, mana nak ngaji, mana nak zikir. Rasa semua nak buat, tapi banyak tak terbuat sebab rushing bersiap nak tunggu van datang ambil.

Teringat kuliah Ustazah Norhafizah Musa, beliau bertalaqqi dengan Ustaz Dr Harun Din, banyaknyaaa zikir yang diajar. Macam-macam zikir dan amalan untuk mendekatkan diri pada Allah swt. Sampaikan tak terbuat, tak terzikir sebab takdan. Ustazah terfikir, macam mana orang boleh buka fb, insta dll. Kita sampai tak dan masa nak berzikir sebab terlampau banyak. Terus wawa rasa macam kena hempuk kat kepala.😄 Main fb dan pula kan, tengok insta artis sempat pula kan. Haha

-----

Share laa uols, jam berapa bangun pagi. Haa, lagi satu kan Rasulullah suka umatnya bangun awal pagi. Berpagi-pagian mencari rezeki.

Dalam satu hadis, Rasulullah berdoa kepada setiap umatnya yang bangun awal bagi.

"Ya Allah, berkahilah umatku di waktu pagi."

Maknanya, Rasulullah telah berdoa kepada kita yang suka bangun pagi. 

Ni bukan bebel tau, wawa tanya je. Hihi
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi

Ainniah Zulkefli said...

kalau tidur awal, dapatlah bangun pukul 5 pagi. kalau tidur lambat, jadinya subuu baru bangun 🙈

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...