Penyakit Nephrotic Syndrome

Assalamualaikum wbt,

Pernah dengar tak tentang penyakit ini? Ke baru first time dengar? Samalah dengan wawa. Selepas terbaca kisah adik Sabreena, anak kepada sahabat wawa yang mengidap Nephrotic Syndrome buatkan wawa rasa nak tahu dan baca. Apa sebenarnya penyakit ini.

Seperti yang wawa janjikan di entry pagi tadi, wawa nak kongsikan sedikit info tentang penyakit Nephrotic Syndrome atau Kebocoran Buah Pinggang. 

Entry ini juga wawa merujuk post Dr Azman di entry beliau bertarikh 20 Oct 2007. Lebih 10 tahun dah entry ni kan, alhamdulillah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia terutama pengidap NS sendiri. 

Apa maksud Nephrotic Syndrome?



Menurut Dr Azman, 
Nephrotic Syndrome adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Untuk pengetahuan semua, dalam buah pinggang kita ini terdapat glomeruli iaitu penapis halus di dalam buah pinggang. Ia berfungsi menapis sejenis protein daripada keluar ke dalam air kencing.

Dalam Nephrotic Syndrome, penapis halus buah pinggang atau glomeruli ini  telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih 3g protein terkeluar melalui air kencing dalam masa 24 jam daripada badan.

Mengikut kefahaman wawa, 
Nephrotic Syndrome adalah penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang dimana penapis halus yang terdapat dalam buah pinggang telah rosak atau bocor. Kerosakan penapis ini menyebabkan pengeluaran sejenis protein ke dalam air kencing. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

Punca
Nephrotic Syndrome lebih banyak berlaku pada kanak-kanak, namun orang dewasa juga tidak terkecuali. Seperti yang wawa kongsikan pada entry yang lepas di SINI berlaku kepada lelaki dewasa.

Punca berlakunya kerosakan pada glomeruli atau penapis ini disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

Simpton Nephrotic Syndrome
✔️lemah dan tidak bermaya
✔️kencing berbuih-buih
✔️mata dan muka menjadi sembap pada waktu pagi selepas bangun tidur
✔️kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri
✔️perut kembung
✔️sakit perut & cirit

Komplikasi

Pengidap Nephrotic Syndrome mengalami beberapa komplikasi iaitu :

1. Boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak & menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad sehingga sembuh.
2. Antibodi badan menjadi lemah.
3. Air yang berkumpul diselaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman.
4. Kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir.
5. Darah menjadi pekat.
6. Ubat steroid yang diambil mempunyai kesan sampingan.

Bagaimana merawat Nephrotic Syndrome?

Wawa kongsikan 2 cara iaitu mengikut cara ubat sintetik dan cara amal minum vivix.

Ini terbukti melalui testimoni yang berkesan terhadap pengidap Nephrotic syndrome sendiri. Tanpa perlu mengambil steroid.

Nasihat Dr Azman:

  • Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan. 
  • Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati. 
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi. 
  • Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
  • DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.

Alternatif secara supplemen:


Pengambilan vivix setiap hari membantu mengatasi masalah nephrotic syndrome kembali sembuh. Ikhtiar secara alami melalui pemakanan supplemen, insyaAllah dengan izin Allah swt. Boleh baca di SINI.

Adakah anda ingin mencuba vivix? Boleh hubungi wawa terus ke 019-996 6576


SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...