Chocolate Feveret Sepanjang Zaman

Assalamualaikum wbt,

Siapa suka coklat? Bukan gula-gula ye, dulu time kecil wawa panggil semua jenis coklat adalah coklat termasuklah gula-gula.

Sampailah wawa masuk universiti di Pulau Pinang, waktu lecture pasti kita ngantuk kan? Wawa selalu tanya kawan-kawan, ada coklat tak? Ngantuklah, nak bagi hilang ngantuk.

Haha. Sakan depa gelak, gula-gula laa wehh. Kata depa.😄😄

Walau beribu kali dibetulkan, wawa tetap panggil coklat pada gula-gula. Satu hari, roomate wawa bagi wawa rasa coklat cadbury. Haa, ni laa coklat katanya.

Ya Allah, sedapnya. Time belajar laa first time wawa belajar makan coklat mahal. Cadbury kan mahal waktu tu kan. Ke murah je? Sebab wawa tak pernah makan coklat macam tu time kecil.

Terus jadi edicted dengan coklat. Paling wawa suka adalah Dairy Milik bar besar dan kecil.




Kalau boleh lepas beli tak nak tunjuk kat orang, sebab sayang. Haha. Ye laa, takut tak cukup kan. Taik hidung masin betul.😄

Kesukaan wawa ni berpanjangan sampai keluarlah isu tentang tak boleh makan coklat dairy milk ni. Terus sedih sampai wawa dah tak jumpa coklat paling best nak makan.

Perasaan tu wawa tahan lama, orang cakap boleh makan pun wawa tak hirau sebab hati dah was-was waktu tu.

Bila start keje, kawan-kawan ofis perkenalkan dengan coklat baru. Macam-macam dorang suruh cuba, hati tetap tak berkenan. 

Satu hari, ofismate pergi ke Kuala Lumpur. Ada urusan family dan alang2, dia singgah beli coklat di kilang yang berada di sana.

Dia bagi wawa cuba 2 je, mula tu wawa tak nak ambil. Tapi dipaksanya wawa makan. Nak tahu apa jadi????

Wawa terusssss jatuh hatiiiiii. Ya Allah, serius sedappp gilerrr.😄😄

Selepas dari tu, wawa selalu pesan dekat dia minta belikan. Tapi, jarang la boleh makan sebab dia bukan pergi selalu. Kalau tak ada, wawa ikhtiar minta kawan-kawan lain belikan, yang mana naik airport klia, dorang tolong belikan.

Korang tahu tak, wawa boleh habiskan 1 plastik ni tak sampai setengah hari tau. Nak tau tak coklat apa?

Taraaa...


Dah lama wawa tak makan tau, laat wawa makan tahun 2015 @ 2016. Lupa dah.

Coklat wawa tak pernah lupa, sampai laa wawa datang keje kat Johor ni. Masih mencari coklat ini. Alhamdulillah, selepas dipesan berkali-kali, depa kesian kat wawa depa beli 1 kotak. Alhamdulillah, hilang kempunan.😄😄

Sekarang ni wawa dah terpengaruh dengan ofismate yang hantu cadbury, termakan juga laaa yang roasted almond tu.




Uolss suka coklat apa? 
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

3 comments:

Sheila Adziz said...

masa bdk2 ayah slu beli. dia mmg suka mkn coklat ni... bila dah besar ni sy jarang beli dan mkn... hukhuk

Aisya Ismail said...

Ai hantu coklat and ice cream.. perghhh sedap!!

Kakcik Nur said...

Dulu kalau ke Langkawi memeng cokelatlah yang diborong hingga ratusan ringgit... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...