Happy Birthday We

Happy befday to my beloved father.

We ni kelakar, bila kiteorang besar baru terserlah kekelakaan tu. Time kecik macam singa.😄😄

Mengaji adalah wajib mengaji dengan we. Time kecik garang sungguh. Ajar kami mengaji, rotan buluh duk tepi. We suka ajar mengeja. Eja kot lain, pukul kot lain. Memang bergetar laa lantai rumah dia pukul dengan rotan. Ayat we sampai sekrang wawa ingat. "Aku cocoh mato ni!" Sebab eja betul dah, bila sebut jadi lain. Haha. Biasa sampai 1 ayat je ngaji dengan we, selebihnya drama air mata laa. Sampai tak nampak huruf nak sebut. 😄

Wawa punya taktik, time we gi surau. Cepat2 ngaji dengan mak. Konon2 tak yah laa ngaji dengan we. Tapiii, sangkaan meleset sama sekali. Kena mengaji balik. Dengan drama air mata sekali laa.😄

Part paling ingat sampai besar, bila we kejut bangun subuh. Cara paling rare we kejut anak2, dia punya sound macam pakai speaker kat masjid. Bila bangun semuanya geremmm je. Haha. Ye laa, jiran sebelah bukan semua anak dara. Teruna pun hado ok. Tak malu ke kalau tak nak bangun.

Zaman sekolah, we suka bawak motor yamaha tak de pulur (x pasti panggil apa), yang bunyi dia tu macam helikopter.haha. Dan we suka anta sampai tempat perhimpunan. Orang lain sampai pagar sekolah je. Kiteorang sampai atas. Lagi kiteorang marah, lagi we suka buat. Haha. Kenangan betul. 

Part paling gerun, time ibubapa kena jumpa cikgu kat sekolah. Sebulan cikgu sebut tu, dah berdebar. Macam2 helah tak mo bagi we gi sekolah. Haha. Tau tak sebab apa? Sebab we suka cerita kat cikgu, pea anak dia ni macam mana. Suka gaduh laa, suka khenak laa, malas buat keje sekolah laa. Haha

We suka bercerita. Fuhhhh, kalau dengar we cerita boleh terkencing tau. Dari zaman we kecil sampai ke tua, tak de kot hak tak funny. Boleh gelak sampai cucuran air mata. Bukan sebab sedih tapi sebab kelakar ya amat. Haha

Bila dah makin warga emas ni, we paling suka buat drama. Paling kelakar time we tak sihat, dia punya ayat memang anak2 tak senang duduk. Dia punya amanat, memang kita takut dengar. Tapi, cuba twist cakap politik. Tengah2 tidur boleh bangun. 😄

Time makan, wawa suka tengok we makan bila dia banyak cerita. Nasi bertambah sama banyak cerita hak keluar. Lagi bertambah selera we. Haha

Bab makan ubat, sangat disiplin. Ubat klinik ke, vitamin ke, vivix ke, memang sangat mudah we makan. Tapi, bab air culas juga laa sikit. Asyik nak kena bebel dengan wawa je. Dalam wawa duk bebel, we buat lawak. Lepas ni kena beli botol air hak ada tali laa. Boleh gantung tengkuk, boleh bawak gi mari gi mari. Haha

We oh we. I love u! 

Kalau nak buat story, banyaakkkk sangat kisah we. 

Enjoy reading naa pagi2. Sama birthday dengan menantu dia.😋

Assalamualaikum.
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

4 comments:

ENA said...

happy birthday we

lucu jugak ayah wawa ni

biasa lah tu masa muda ayah kita memang garang sama dgn aboh ena

paridah said...

HAPPY BIRTHDAY WE N HUBBY WA MOGA SHT SJHTRA N BHGIA SELALU

Zie Has said...

garang-garang sayang :)

Zie Has said...

first time dengar panggil ayah we :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...