8 Sebab Anda Perlu Minum Air Masak

Assalamualaikum wbt,

Pernah terfikir tak kenapa kita digalakkan untuk minum air masak. Ingat lagi waktu kecil, wawa pernah dipaksa minum air masak tapi memang tak boleh. Rasanya kurang sedap, jadi solusinya wawa minum air manis setiap hari terutamanya air sirap, milo, orange dan lain2.

Habit tu, sampai ke besar tau. Then, sampai satu tahap wawa ambil multivitamin dari farmasi untuk naikkan berat badan. Pengambilan air yang sedikit menyebabkan wawa terkena air kencing kotor. Dan kesan dia, Allah saja yang tahu. Sakitnya, tak tahu nak habaq sampai wawa tak dapat nak berjalan. 

Selepas itu, baru wawa sedar betapa air masak ni memang wajib ambil atleast 2 liter sehari. Tahu tak macam mana nak kira badan kita perlukan air banyak mana? 

1 liter air masak = 25kg berat badan

50kg berat badan = 2 liter air masak

Kenapa kita perlu minum air mask?




1. Mengatur suhu badan

Apabila tubuh kita kekurangan air, suhu tubuh akan menjadi panas dan meningkat. Lalu menjadi punca kepada penyakit antaranya demam.

2. Melancarkan peredaran darah

Apabila air (cecair) tidak mencukupi, maka darah akan mengental akibat cairan dalam darah 'disedut' oleh fungsi tubuh yang lain. Ia memberi implikasi tidak baik kepada otak dan jantung. 

3. Membuang racun dan sisa makanan

Air membersihkan racun dan sisa makanan dalam tubuh melalui peluh dan pernafasan. 

4. Kesihatan kulit

Air berfungsi untuk menjaga kelembapan, kelembutan, dan keanjalan kulit.

5. Membantu sistem pencernaan

Pengambilan air yang cukup akan membantu proses sistem pencernaan di dalam usus besar di mana gerakan usus menjadi lebih lancar, sehingga melancarkan pengeluaran najis tanpa risiko sembelit. 

6. Pernafasan

Paru-paru memerlukan air untuk pernafasan kerana paru-paru harus basah dalam bekerja memasukkan oksigen dalam sel tubuh dan membawa karbon dioksida keluar dari tubuh. 

7. Kesihatan sendi dan otot

Cecair dalam tubuh membantu melancarkan gerakan pada sendi dan otot. Semakin aktif kita bergerak, semakin banyak air yang kita perlukan untuk mengelakkan risiko kekejangan otot. 

8. Pemulihan penyakit

Pengambilan air yang mencukupi ketika sakit sangat penting dalam membantu pemulihan dari sesuatu penyakit kerana air membantu menggantikan cairan yang terbuang. 

SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

1 comments:

Mahfuzah_Put said...

Ilmu baru untuk point 2 dan 6. Thanks Wawa sebab sharing benda ni 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...