Resepi Mee Kari Mudah Dan Sedap - KAK WAWA - Health & Beauty Tips, Lifestyle, Food, Travel and Review

Resepi Mee Kari Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum wbt,

Hari wawa nak share resepi mee kari dari utara. Mudah saja caranya, campak-campak je dah siap. Hihi




Bahan-Bahan A : (Blend bahan A hingga lumat)

1- 1 biji bawang besar
2- 2 ulas bawang putih
3- 1 inci halia
4- sedikit udang kering 

Bahan-Bahan B :


1- isi kerang di rebus
2- ayam di cincang halus
3- fish cake / fish ball
4- sayur sawi di rebus / celur sekejap dan toskan
5- rempah kari
6- Air soda
7- Garam, gula dan secukup rasa, 1 keping asam gelugur
8- Santan rm3 lebih kurang 500ml 
9- 1 bungkus mee kuning


Cara Masak :

Tumis bahan A bersama rempah kari sehingga pecah minyak, kemudian masukkan santan. Seterusnya masukkan ayam dan kerang. Sampai kuah masak.

Masukkan sedikit air soda, asam keping, garam dan sedikit gula. Masukkan fish ball/ fish cake ketika kuah hampir masak.

Ok, dah siap.😊

Kredit : Kak Nas Pekasam Rindu

3 comments:

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊

@templatesyard