Hikmah Berpuasa Pada Tubuh

Assalamualaikum wbt,

Puasa mempunyai banyak hikmah disudut kesihatan yang perlu kita fahami dan kita yakini kerana syariat Allah adalah suatu yang membawa kebaikan kepada manusia seluruhnya.

Kajian sains telah menunjukkan dengan berpuasa mempunyai banyak faedah kesihatan. Puasa memberikan kesan positif kepada kesihatan psikologi dan fizikal. 

1. Puasa yang betul akan membantu kita menurunkan berat badan. 

2. Puasa juga membantu sistem pencernaan untuk  penghadaman lebih sempurna dengan memberi kerehatan kepada sistem pencernaan semasa kita berpuasa. 

3. Kajian juga mendapati puasa boleh membantu mengawal tekanan atau stress yang tinggi dengan memberi ketenangan psikologi dan bersabar. Dengan memfokuskan kepada ibadah dan juga memperbanyakkan membaca Al Quran maka kadar stres dan tekanan akan menurun. Stres yang tinggi dan tidak terkawal adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kemurungan dan sebagainya. 

Dengan datangnya Ramadhan ini, seharusnya kadar stres kita akan menurun dan memberikan impak positif kepada kesihatan kita secara umumnya.

4. Berpuasa juga didapati boleh membantu mengawal masalah kolesterol  berlebihan. Kajian oleh pakar jantung di Timur Tengah mendapati semasa bulan Ramadhan, paras kolesterol dalam darah menjadi lebih baik dengan peningkatan paras kolesterol baik HDL dan penurunan paras kolesterol LDL. Ini memberikan kesan positif kepada kesihatan jantung.

Jadi jangan mensia2kan Ramadan untuk beribadat dan kekal sihat

Kredit : Dr Zubaidi
Share:

4 comments:

  1. Satu yg pasti setiap apa pun jua syariat yg Allah pasti ada hikmahnya
    Apa lagi bab puasa ni dah terlalu banyak/panjang lebar dihuraikan sehingga dah ramai yg non-muslim pun berpuasa dek tahu akan baik dan hikmahnya...

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa Wawa..YES! betul tu..dalam bulan ni bukan sahaja kita sihat tetapi ladang pahala tau

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

HOW TO ORDER

HOW TO ORDER
PLEASE WHATSAPP MOMMY DIRECTLY

Blog Archive

Recent Posts

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark | Sensodyne