Pesanan Untuk Wanita Yang Ingin Hamil

Assalamualaikum wbt,

Pesanan ini wawa tujukan pada diri wawa dan semua wanita di luar sana yang sedang berusaha untuk hamil dan wanita-wanita yang di awal kehamilan.

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi dalam pelbagai bentuk. Ada yang diberi dapat anak awal, ada yang diberi kesihatan yang baik, ada yang di beri rezeki kewangan yang baik, ada yang di beri rezeki anak yang bijak dan macam-macam rezeki yang Allah bagi. Bukan hanya tertakluk pada anak semata.

Cerita ini terjadi pada wawa sendiri, setelah 2 tahun mendirikan rumah tangga Alhamdulillah, rezeki Allah swt tak pernah putus. Samada dari segi kewangan, kesihatan, hubungan keluarga, keharmonian rumahtangga dan macam-macam. Namun, Allah jentik sikit hati wawa dan suami dengan kelewatan kehadiran cahaya mata.

Alhamdulillah, kami bersyukur kerana Allah lebih tahu yang terbaik buat kami suami isteri. Setelah 2 tahun 3 bulan usia perkahwinan kami, Allah pinjam sekejap kepada wawa sesuatu yang wujud di dalam rahim. Wawa kurang pasti sebenarnya, sebab wawa buat UPT test hasilnya negatif. Tetapi, period wawa sudah lewat lebih 2 minggu dari kebiasaan. Memandangkan kitaran haid wawa sangat elok dan teratur, ia buat kami rasa ada sesuatu dan mungkin Allah tak nak tunjuk lagi.

Dalam berjaga-jaga, hari khamis lepas wawa tanpa sengaja telah melakukan senaman ringan untuk kempiskan perut. Selepas buat senaman tersebut, wawa rasa senak di bahagian perut. Petangnya, sedikit warna koko keluar. Rasa tak sedap hati juga, masih menunggu sampai malam namun tiada darah yang keluar. 

Pagi keesokan hari, darah pekat sudah mulai keluar dan wawa pasrah. Mungkin ini adalah period. Petang sewaktu suami wawa solat jumaat, perut wawa tetiba rasa memulas sakit yang boleh tahan dan berhenti lega, selepas 5 minit sakit datang lagi. Rasa sakit mengancam tak tahu nak describe, wawa terus ke toilet. 

Tiba-tiba darah ketul keluar bersama gumpalan kecil warna putih, macam dalam telur ayam yang sedang membentuk gabungan (tak tahu nama apa). hehe. kakak wawa yang nurse pun bagitau, betul mungkin baru nak jadi agaknya. 

Selepas itu, perut wawa rasa lega tiadala lagi rasa sakit. Alhamdulillah, Allah belum lagi memberi kepada kami zuriat. InsyaAllah bulan depan PAASTI Allah bagi kami kembar.

Kepada rakan-rakan semua, berhati-hatilah jika period anda sudah lewat. 


SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

1 comments:

Fifi Fizah said...

takziah k,wan.. In Sha Allah k.wan akn dikurniakan kembar.. ^_^
usaha lagi yer.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...