Saturday, 23 April 2016

Design Kematian Kita

Assalamualaikum wbt,

Apa maksud "Design Kematian Kita"? Siapa boleh jawab? 

Kita selalu menulis target impian, namun kita lupa bagaiman menulis design kematian sendiri.

Design kematian bermaksud melakar / mereka kematian sendiri. Bagaimana kita nak mati. Pernah tak kita fikir? Apa yang kita nak capai selepas mati. Pernah tak kita tanya diri? 

Selepas wawa join kelas bisnes, sifu wawa sharing tentang ni. Baru wawa terfikir, umur dah 30 tahun. Lagi berapa tahun kita ada? Katalah kita target umur kita meninggal 60 tahun. Lagi berbaki 30 tahun untuk kita lakarkan apa bekalan yang kita nak bawa.

Baki 30 tahun inilah untuk kita buat amal, nak bantu tambah nilai orang lain, nak sedekah banyak-banyak, nak buat amal kebaikan banyak-banyak, nak berubah jadi baik, nak mengaji banyak-banyak, nak puasa banyak-banyak, nak solat taubat, solat tak mau tinggal.

Waktu inilah, yang masih berbaki. Allahuakbar, subhanallah, sebelum ni tak nampak. Sekarang, cuba renung diri balik. Apa dah aku lakukan selama hidup atas dunia ni. Cukup tak amalan kalau Allah ambil nyawa kita tiba-tiba?

Ayuh kawan, sebelum terlambat.

1 comment:

Maria Firdz said...

Terima kasih mengingatkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...