Rahsia KEJAYAAN 3K Nizam Di Pentas IMKK

Assalamualaikum wbt,

Kak Wawa nak sharing, rahsia kejayaan Nizam founder minyak wangi.")



Seperti Yang Dijanjikan Inilah RAHSIA 3K Yang Nizam Kongsikan Di Pentas HOT SEAT IMKK MARCH 2016.

First K = KEINGINAN

Keinginan Yang Tebal Di Dalam Diri Untuk Berjaya Dalam Kehidupan Untuk Mengubah Nasib MY BIG Y Iaitu Keluarga Terutama Mak Dan Ayah. Sebagai Seorang Insan Atau Anak Yang Dilahirkan Serba Lumpuh Dan Melihat Keadaan Keluarga Yang Susah Telah Memaksa Nizam Untuk Mengubah Nasib Kami Sekeluarga. 

Dan Sebagai Abang Sulong Dalam Keluarga Nizam Melihat Kesusahan Ibu Bapa Mencari Rezeki Setiap Hari Ibarat Kais Pagi Makan Pagi Kais Petang Makan Petang Disamping Itu Perlu Menguruskan Nizam Seperti Baby Tanpa Menggunakan Apa2 Bantuan Oku Seperti Kerusi Roda, Katil Hospital Membuatkan Nizam Sedar, Aku Mesti Berjaya, Aku Mesti Ubah Nasib Diri Aku Untuk Kesenangan Keluarga. Sekurang2nya Bila Aku Ada Kerusi Roda Mereka Tidak Perlu Lagi Memikirkan Bagaimana Untuk Mendukung Aku, Dan Bile Ada Katil Hospital Boleh Memudahkan Mereka Untuk Mendudukkan , Mandi Hanya Gunakan Katil. Dan Bile Aku Ada Duit Mereka Tidak Perlu Lagi Bekerja Diluar, Mereka Dapat Menguruskan Aku.

Second K = KETABAHAN

Ketabahan Dalam Hati Untuk Meneruskan Kehidupan Walaupun Dilahirkan Serba Lumpuh, Tidak Mampu Berdiri, Berjalan, Makan Sendiri, Mandi, Buang Air, Malah Tidak Mampu Mengangkat Tangan Dengan Sendiri Bukan Bermakna Berakhirnya Kehidupan, Sebagai Seorang Abang Aku Perlu Kuat Untuk Adik-Adik, Dan Mak Ayah.. Jalani Setiap Cabaran Dalam Kehidupan Dengan Penuh Sabar Dan Senyuman.

Third K = KEJAYAAN

Kejayaan Bermula Dari Kesusahan, Jangan Pernah Takut Untuk Berdepan Dengan Kesusahan Kerana Setiap Kesusahan Pasti Ada Kejayaan. Kejayaan Hanya Milik Setiap Insan Yang Sentiasa Bersyukur Kepada Allah S.W.T Walau Apa Juga Cabaran, Dugaan Dalam Hidup.

Semoga Perkongsian 3 K Ini Memberikan Sedikit Suntikan Semangat Untuk Anda Mengejar Cita-Cita Untuk Berjaya. Insyaallah Sedikit Masa Lagi Nizam Akan Mulakan Bengkel Kejayaan No Limit Untuk Orang2 Yang Berminat.

Dari wall FB Tuan Nizam . 

#JutawanWawa
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...